Saturday, October 16, 2010

Kelantan Mara Ke Separuh Akhir


Sumber : mstar online
KOTA BHARU: Kelantan mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Malaysia apabila membenam Selangor dengan agregat 3-0 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam Jumaat.

Kelantan membuktikan kesungguhan dan semangat juang tinggi di gelanggang sendiri selepas mengikat Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan saingan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Selasa lepas.

Perlawanan bermula dengan rentak agresif apabila kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing sebelum R. Surendran melepaskan sepakan lemah tepat ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ketujuh.

Kehadiran lebih 20,000 penonton di stadium telah meniupkan semangat pasukan Kelantan untuk memburu gol pembukaan dan ia berbaloi pada minit ke-13 menerusi Mohd Nur Farhan Muhd yang melepaskan sepakan dalam kotak penalti.

Gol pembukaan tersebut terus memberi semangat dengan Akmal Rizal Ahmad Rakhli berjaya menanduk masuk bola di sudut sebelah kanan gawang Selangor untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-24.

Bagaimanapun, Selangor memulakan babak kedua dengan melakukan asakan ke pintu gol lawan namun gerakan barisan depan anak buah K. Devan berjaya dipatahkan oleh benteng pertahanan Kelantan.

Selangor akhirnya terpaksa mengakui kehebatan 'Red Warriors' selepas pasukantuan rumah itu menyumbat gol ketiga pada minit ke-79 menerusi Mohd Badhri Mohd Radzi yang menerima umpanan kemas dari Ahmad Rizal.

Perlawanan tersebut dikawal ketat oleh pasukan keselamatan bagi mengelak insiden kekecohan di Stadium Shah Alam daripada berulang dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perlawanan tersebut. - BERNAMA

Thursday, October 14, 2010

Proton Baru Inspira..moden dan bergaya







Di bawah adalah petikan dari Utusan Malaysia ;

Model Ganti Proton Waja

SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.


Mengapa Blackberry diharamkan ?


Semenjak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ( SKMM ) mengeluarkan cadangan supaya telefon pintar blackberry smartphone diharamkan di Malaysia, pelbagai persoalan timbul dalam masyarakat kita terutamanya peminat blackberry ini. Ada yang kata tak patut , namun ada yang setuju.. Yang pasti ada beberapa buah negara seperti Arab Saudi, China dan India serta beberapa buah negara lagi sedang membincangkan isu penggunaan blackberry ini. Benarkah blackberry mengancam keselamatan negara?


Beberapa kemungkinan yang boleh diambil kira . Blackberry smartphone ini bukanlah satu-satunya telefon pintar yang ada kat Malaysia ni. Tapi cara pengurusan data blackberry smartphone ini yang dilihat mungkin mengancam keselamatan Negara.
Antara sebab- sebab blackberry perlu diharamkan :-


1. Ancaman keselamatan – Blackberry ada pusat servernya sendiri berpangkalan di Kanada. Pihak berkuasa negara tidak dapat memantau segala penyaluran maklumat yang berlaku.

2. Keterbukaan memberi pendapat – Fungsi Blackberry Messengermembolehkan setiap pengguna blackberry berinteraksi dan segala maklumatnya tidak dapat dipantau.

3. Terdedah kepada kebocoran maklumat – Bayangkan semua pusat data berada di Kanada dan adakah mereka benar-benar telus? Jika server blackberry diwujudkan dinegara kita. Masalah ini tidak akan timbul.

Gambarajah : Sistem Jaringan Komunikasi Blackberry

Dengan kata lain, ini bagus untuk pengguna kerana semua data yang dihantar melalui blackberry tidak akan dibaca oleh orang ketiga dan ini menjamin privasi pengguna dan mengelakkan daripada data jatuh ke tangan orang-orang yang tidak diingini. Tetapi sebaliknya untuk agensi kerajaan. Dengan sistem enkripsi yang ada pada Blackberry, mereka tidak boleh akses data yang di hantar. Kerajaan bimbang Blackberry boleh disalahgunakan kerana ia satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara.. Sebab itu UAE misalnya mengambil langkah mengharamkan blackberry sehingga data-data ini boleh diakses semula.

Wednesday, October 13, 2010

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Sukarnya menjadi genius

Sumber : Melalui email

" Semasa kecil, emak beberapa kali mengingatkan saya tentang seorang kanak-kanak genius yang sudah mampu membaca surat khabar di usia tiga tahun. Mohd. Shukri Hadafi, nama diberi.


Kanak-kanak istimewa ini kemudiannya diambil berlakon oleh Jins Shamsuddin di dalam filemnya Menanti Hari Esok (1976/7) dan filem itu sentiasa menjadi titik yang mengingatkan saya kepada adanya seorang kanak-kanak pintar di usia yang hampir sama dengan saya, sebagai inspirasi untuk berjaya.

Tetapi Mohd. Shukri Hadafi hilang ditelan masa. Seolah-oleh tiada esok baginya (tajuk filem lain oleh Jins Shamsuddin pada 1979) dan tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita pada akhir 90′an bahawa beliau bekerja sebagai penebar roti canai! Ada cerita yang memberitahu beliau menjual kelapa di Padang Terap, malah yang tidak enaknya ialah kisah beliau menjadi penagih dadah.

Anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz ini terbuang dari kelebihan yang pernah menjadikannya begitu terkenal di seluruh negara. Di mana silapnya?

ADI PUTRA

Ingatan kita kepada kanak-kanak pintar seperti Mohd. Shukri Hadafi kembali menghiasi muka depan akhbar Malaysia, apabila Adi Putra Abdul Ghani muncul dengan kelebihan luar biasanya di dalam Matematik.

Keupayaannya yang mengatasi tahap pelajar universiti di bidang itu, sejak awal-awal lagi telah mengheret Adi Putra ke pelbagai konflik. Dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Matang Buluh, Bagan Serai, perjalanan penuh liku untuk mencari program yang sesuai dengan beliau berterusan ke International Islamic School di Gombak. UNISEL juga tidak pasti dengan perjalanan beliau, dan saya berdoa agar kelebihan yang ada pada adik Adi, tidak menjadi 'sumpah' ke atasnya sebagaimana Mohd. Shukri Hadafi 3 dekad yang lalu.


It figures: after completing year 12 subjects at 10, mathematician Yao-ban Chan has now become Melbourne University's youngest-ever PhD graduate. Photo: Craig Abraham

Bertuahnya Chan Yao-ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Beliau yang kini menjadi pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne. Di usia 21 tahun, Chan Yao-ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek kajian metod statistik bagi mengenalpasti anomaliti protein di dalam otak untuk mendiagnos schizophrenia dan bipolar disorder.

Biar pun lahir di Malaysia, Chan Yao-ban telah dibesarkan di New Zealand. Beliau melalui proseshome schooling oleh ibunya, seorang Mikrobiologist dan ayahnya, pengarah di sebuah syarikat industri makanan terkemuka, Heinz.

Chan Yao-ban telah bertemu dengan ‘perjuangan' yang bakal memanfaatkan kelebihannya.

Apakah seseorang itu perlu ‘melarikan diri' dari Malaysia, demi mencari program yang boleh menyokong kanak-kanak genius seperti Chan Yao-ban , Adi Putra dan Mohd. Shukri Hadafi? Mengapa kita masih tidak tentu arah dalam menentukan jalan yang betul untuk Adi Putra? Tidakkah kita belajar sesuatu daripada apa yang berlaku ke atas Mohd. Shukri Hadafi, juga tercabar oleh kejayaan Chan Yao-ban ?


SUFIAH YUSOF

Soalan ini menjadi lebih meruncing dengan kegemparan kita terhadap seorang lagi anak Malaysia yang genius, Sufiah Yusof.

Beribukan Halimahton dari Muar dan bapanya, Yusuf, berasal dari Pakistan, Sufiah Yusuf mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila beliau diterima masuk ke pengajian di Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Namun pada usia 15 tahun, Sufiah telah menghilangkan diri dari kampus hingga kemudiannya ditemui di Bournemouth, bekerja di sebuah hotel di sana.

Enggan pulang kepada keluarga, yang disifatkannya seperti hidup dalam neraka, Sufiah diletakkan di bawah jagaan sebuah pertubuhan sosial untuk kembali penyambung pengajian sarjananya di Oxford. Hidup Sufiah terus dilambung ombak, apabila perkahwinannya pada usia 19 tahun dengan Jonathan Marshall, runtuh hanya kira-kira setahun selepas diijabkabulkan.

Beberapa bulan yang lalu, ingatan kita kepada Sufiah Yusuf dikejutkan dengan berita buruk apabila bapanya ditangkap atas dakwaan mencabuli dua kanak-kanak berusia 15 tahun yang mengikuti kelas tusyen accelerated learing kendaliannya.

Dan segala-galanya mencapai kemuncak, apabila wartawan akhbar News of the World (NOTW), berjaya mengesan Sufiah Yusuf, yang terhumban ke lembah hitam dengan nama samarannya Shilpa Lee, sebagai pelacur di Manchester dengan bayaran £130!

Sufiah Yusuf yang begitu sopan, tertib dan berada di dalam segala kurniaan ketika di awal usianya di St. Hilda's College yang berprestij itu, menempuh kehidupan yang tidak menentu hingga berakhir dengan sesuatu yang tidak terbayangkan fikiran kita mengenainya. Seorang lagi kanak-kanak genius (muslim? melayu?) menjadi ‘mangsa'.

Apakah semua ini?

JOHN NASH

Masih ingatkah kita kepada John Forbes Nash? Penerima anugerah Nobel bagi kehebatan Matematiknya di Universiti Princeton ini, menempuh dekad-dekad yang penuh liku akibat masalah schizophrenia yang mengongkong kehidupannya. Ia adalah suatu contoh yang amat besar tentang perlunya suatu pendekatan di luar kotak, untuk menampung kegeniusan seorang seperti John Forbes Nash ini. Anda boleh mendalami kisah mengenai Nash dengan menonton filem favourite saya, A Beautiful Mind.

Pencapaian IQ yang luar biasa sememangnya lazim terkait dengan ketidak sihatan mental. Hal ini diperkatakan oleh Daniel Martin di dalam artikelnya yang tersiar di Daily Mail bertarikh 11 Februari 2007.

Katanya,

More than half a million people in the UK are believed to suffer from a form of the condition, which causes disordered ideas, beliefs and experiences. The most common ages for it to develop are 15-25 in men and 25-35 in women.

Kerana itu, saya sering khuatir dengan anak-anak muda yang memiliki idea yang hebat, tetapi memiliki ketidak seimbangan sikap yang sesuai dengan kehebatan itu. Teringat saya kepada sebuah ceramah berkaitan masalah ini yang disampaikan di HUKM tidak lama dulu. Penceramah itu memberitahu bahawa statistik menunjukkan, di mana-mana sahaja bilik atau dewan tempat manusia berkumpul, maka 1/4 daripadanya mempunyai masalah berkaitan mental!

Saya masih ingat kepada seorang lagi kanak-kanak genius, Chiang Ti Ming, yang telah menempuh episod hidup yang luar biasa. Menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech) lebih dua dekad yang lalu, Chiang Ti Ming telah meninggal dunia pada awal Januari 2007 di Seremban, selepas khabarnya mengalami tekanan perasaan yang amat teruk hingga dimasukkan ke HKL pada tahun 2002.


PENGAJARAN

Semua ini harus menjadi pengajaran buat kita.

Pengajaran buat kerajaan untuk memikirkan tanggungjawabnya terhadap pendidikan. Atau mungkinkah segala ini membuktikan bahawa kerajaan sepatutnya tidak campur tangan dalam soal pendidikan sebagaimana yang terakam dalam sejarah tamadun Islam yang panjang itu?

Sejarah Islam merakam ramai tokoh yang genius di zaman kanak-kanaknya. Figura seperti al-Syafie, al-Ghazzali, al-Nawawi, malah tokoh lewat era Moden seperti Muhammad Abduh dan Badi' al-Zaman Said al-Nursi, telah mempamerkan ketokohan mereka semenjak di usia kecil.

Apakah rahsia mereka?

Saya fikir, persoalan ini memerlukan kepada kajian yang mendalam. Namun, sepintas lalu kita akan dapat melihat bahawa tokoh-tokoh ini mendapat pendidikan awal mereka dari sentuhan ibu bapa. Proses pendidikan juga tidak berlaku di sekolah-sekolah rasmi milik pemerintah, sebaliknya setiap mereka dibesarkan dengan model pendidikan yang tersendiri lagi khusus. Malah di era Moden, tokoh seperti al-Tahtawi dan Muhammad Abduh berdepan dengan krisis diri semasa bersekolah di sekolah kerajaan, sehinggalah mereka melarikan diri dan mencari model sendiri yang lebih responsif kepada keperluan mereka dan keperluan semasa.

BUAT PENDAKWAH

Pengajaran juga buat para pandakwah. Bahawa usaha memahami masalah manusia bukannya seperti kelakuan pembaris yang hanya tahu melukis lurus.

Rayau-rayau saya di laman sesawang, menemukan saya dengan komen-komen mudah ramai pihak yang secara simplistik menyalahkan Sufiah dengan alasan genius beliau hanya pada IQ tetapi lemah spiritual. Tentu sahaja saya tidak menolak peranan spiritual dan hubungkaitnya dengan depression. Tetapi menyarankan secara mudah bahawa agama sebagai penyelesaian, harus lebih diperincikan lagi.

Perlu diingat bahawa antara simptom masalah mental berkaitan depression lazim terkait pula dengan obsesi seseorang kepada agama!

Malah mungkin sisi ini diperlukan untuk kita menilai semula beberapa perlakuan ganjil genius Muslim di dalam sejarah untuk menjustifikasikan perihal yang berlaku ke atas mereka.

Apabila kegagalan hidup berlaku ke atas sesetengah manusia, apatah lagi insan genius seperti Mohd. Shukri Hadafi, Sufiah Yusof malah John Nash dan Chiang Ti Ming, jangan terlalu dangkal memberikan alasan ‘lemah didikan agama' atau ‘hidup tidak mengikut sunnah'.

Sesungguhnya agama mengajar manusia untuk lebih bertadabbur dan bertafakkur tentang peranannya sebagai khalifah, pentadbir alam, bahawa manusia itu sangat seni kehidupannya. Ketelitian dalam mencari jalan mengacu dan membentuk manusia, adalah syarat survival ummah. Keperluan melihat aspek psikologi manusia, harus diterima sebagai sebahagian daripada tuntutan agama itu sendiri.

Saya mengangkat tangan memohon doa untuk masa depan yang lebih baik untuk adik Adi Putra yang sedang menyusuri jalan yang penuh liku itu.

Shortcut untuk windows, lebih cekap lebih cepat


Di sini saya ada sediakan beberapa shortcut mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!
www.familiazam.com
Shut down
Untuk tutup windows tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file
www.familiazam.com
Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.
www.familiazam.com
Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.
www.familiazam.com
Menaip URL pada Address Bar
Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.familiazam.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "familiazam" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
- Shift+Enter: Untuk alamat .net
- Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org
www.familiazam.com
Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik
www.familiazam.com
Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.
www.familiazam.com
Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.
www.familiazam.com
Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci
www.familiazam.com
Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.
www.familiazam.com
Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.
www.familiazam.com
Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.
www.familiazam.com
Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Windows phone 7 dari Microsoft

Microsoft memperkenalkan sistem operasi terbarunya untuk telefon mobile, Windows Phone 7. Syarikat tersebut melihatnya sebagai produk yang berpotensi untuk kukuh bersaing di pasaran teknologi yang kompetitif.


Chief Executive Microsoft Steve Ballmer mengatakan Windows Phone 7 menjadi salah satu line up yang paling bertenaga untuk membuat mereka kembali ke 'jalan yang benar' sebagai pesaing di pasaran Operasi Syatem ( merujuk kepada WP7 ).

Walaupun pasaran mobile hanya menyumbang satu peratus daripada jumlah pendapatan Microsoft, namun Adam Holt analisis Morgan Stanley mengatakan Windows Phone7 adalah ' keluaran penting' bagi syarikat yang ditubuhkan oleh Bill Gates tersebut.

"Mereka sudah terlambat untuk masuk ke pasaran, dan ketika mereka melakukannya, mereka menggunakan teknologi terkini.
Ada beberapa waktu untuk mereka mengejar setelah ketinggalan," katanya.

Ballmer sendiri sangat yakin WP7 akan membantu Microsoft merancakkan kembali pasaran OS telefon mobile meskipun sebelum ini agak jauh ketinggalan berbanding dari iPhone Apple, Research in Motion Blackberry dan telefon pintar yang disokong oleh platform mobile Google Android.

"Saya jangkakan produk ini akan lebih menonjol berbanding dengan yang lain. Kami tidak akan melancarkan produk jika kami fikir ia bukan peluang terbaik untuk bersaing dipasaran.,jelas Ballmer. ( Reuters )

Pasaran INTEL dijangka meningkat pada suku ke empat 2010


Pengeluar prosesor INTEL Corp meramalkan, penjualan pada suku tahun keempat akan meningkatkan dengan mendadak, setelah sebelumnya pasaran komputer mengalami daya beli yang lemah akibat daripada ketidakstabilan ekonomi dunia.

INTEL dan pesaingannya, Advanced Micro Devices Inc (AMD), melaporkan permintaan yang sangat lemah daripada pelanggan pada tahun ini. Intel Corp mengakui bahawa mereka mampu meningkatkan pasaran pada suku keempat tahun ini dengan baik kerana dengan prospek teknologi terbaru.

Saham semikonduktor bagi kebanyakan syarikat dijangka melonjak pada September, sebahagian besar penganalisis berkeyakinan bahawa yang musim terburuk mungkin berakhir bagi sektor teknologi.

"Intel telah menetapkan ekspektasi yang tinggi untuk perusahaanya ," kata Bobby Burleson, analisis Canaccord Genuity.
(Okezone/PC World)

Hackers Jelita paling panas



Sebelum ini 'pekerjaan' hacker selalu dikaitkan dengan lelaki, namun bagi Kristina Svechinskaya, "pekerjaan" ini pun boleh dilakukan oleh wanita cantik , bahkan 'kemahirannya' pun tak kalah berbanding kaum adam.


Kristina Svechinskaya yang telah digelar sebagai "hacker wanita terpanas di dunia",
baru-baru ini muncul di mahkamah New York City untuk menghadapi tuduhan mencuri USD35 ribu bersama geng Eropa Timur yang terkenal dengak teknik ZBot cyber.

Svechinskaya yang menjalani perbicaraan tersebut dilihat menangis dibangku mengenakan seluar jins ketat dan Slinky, kasut tinggi dan Seksi. Lebih mirip artis berbanding seorang hacker.

"Kristina telah didakwa dengan satu konspirasi dengan sebuah organisasi untuk melakukan penipuan bank dengan menggunakan pasport palsu." terang ahli keamanan dari Sophos Graham Cluley.

Namun, pihak pendakwa masih belum mempunyai bukti kukuh untuk mensabitkan dia dalam konspirasi jahat ini.
(Okezone/NYTimes)

Wang, Anda dan Islam Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan


Tajuk : Wang, Anda dan Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : True Wealth
ISBN : 978-983-3364-71-8
Mukasurat : 364 Halaman
Harga : RM 39.90

Buku ini merupakan buku edisi kedua yang telah dikemaskini maklumatnya. Ia menjelaskan kepada pembaca persoalan semasa berkaitan kewangan dan perbankan harian menurut perspektif Islam. Ia menjawab pelbagai persoalan berkenaan hukum berkaitan transaksi dan aktiviti kewangan semasa.

Tentang Penulis :
Zaharuddin Abd Rahman kini sedang menjalani kursus PhD di dalam bidang Syariah dan Perbankan Islam di University of Wales, United Kingdom. Beliau juga merupakan Penasihat Syariah kepada beberapa buah institusi kewangan tempatan.

Beliau pernah bertugas antaranya sebagai ketua Jabatan Syariah Asian Finance Bank Berhad dan Pengurus Kanan Pembangunan Produk di RHB Islamic Bank Berhad.

Formula Solat Sempurna


Tajuk : Formula Solat Sempurna
Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman
Penerbit : Telaga Biru
ISBN : 9833494986
Harga : RM 25.90

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat berserta dali-dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dam mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi'i atau lainnya.

PTS BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Pengarang : Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman
Penerbit : PTS Islamika
ISBN : 978-983-192-006-0
Mukasurat : 496 Halaman ( Hard Cover )
Harga : RM 35.00

Buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ini ditulis oleh Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman dibahagian kepada beberapa bab :

Kata Pengantar

Bab 1 Sejarah Muhammad Bin Abdullah
Bab 2 Dakwah pada Zaman Mekah
Bab 3 Hijrah ke Habsyah
Bab 4 Hijrah ke Madinah
Bab 5 Peperangan Badar
Bab 6 Peperangan Khandak
Bab 7 Peperangan Keturunan Quraizah
Bab 8 Perjanjian Hudaibiah
Bab 9 Peperangan Khaibar
Bab 10 Perutusan Muhammad kepada Pemerintah
Bab 11 Pembukaan Kota Mekah
Bab 12 Peperangan Hunain
Bab 13 Peperangan Tabuk
Bab 14 Muhammad Bin Abdullah Wafat
Glosari
Indeks

Namanya diletakkan dalam senarai teratas oleh penulis dan saintis barat Dr. Michael H. Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History. Perjalanan hidupnya menjadi sumber inspirasi dan ikutan lebih daripada 1.5 bilion masyarakat Islam di serata dunia hingga ke hari ini.

Buku ini ditulis menggunakan pendekatan moden dengan gaya bercerita yang santai dan bahasa yang mudah difahami. Setiap peristiwa dilakarkan secara terperinci dan seimbang supaya pembaca dapat menghayati dan menyelami kehidupan seorang individu yang berterusan mempengaruhi sejarah dengan lebih berkesan.

Biografi Muhammad bin Abdullah menyorot sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran.

Tuesday, October 12, 2010

Jangan Jilat Pelekat Setem atau Sampul Surat



Beliau

tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya
Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil
pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk
mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan

bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus
berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca
benjol
pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang
benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang
dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang
terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul
surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang
menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Anti Virus Palsu boleh jadi Sumber Virus


Seringkali kita keliru dengan antivirus yang di iklankan di internet. Kadang - kadang sebuah PC yang mempunyai beberapa antivirus yang dilihat mampu melindungi komputer dari serangan virus sebenarnya adalah pusat penyebaran virus. Kenapa ini berlaku ?. Ia adalah kerana masih ada dikalangan kita yang mampu keliru dengan antivirus sebenar dengan antivirus palsu. Untuk membantu kawan - kawan kita yang masih belum mengenal antivirus palsu, dibawah ini saya senaraikan sebagai rujukan .

Cyber Security
Alpha Antivirus
Windows Enterprise Suite
Security Center
Control Center
Braviax
Windows Police Pro
Antivirus Pro 2010
PC Antispyware 2010
FraudTool.MalwareProtector.d
Winshield2009.com
Green AV
Windows Protection Suite
Total Security 2009
Windows System Suite
Antivirus BEST
System Security
Personal Antivirus
System Security 2009
Malware Doctor
Antivirus System Pro
WinPC Defender
Anti-Virus-1
Spyware Guard 2008
System Guard 2009
Antivirus 2009
Antivirus 2010
Antivirus Pro 2009
Antivirus 360
MS Antispyware 2009

Mulai sekarang berhati-hatilah menginstall anti virus. Percayakan hanya pada anti virus ternama seperti Avira, AVG, Norton, McAfee, Kaspersky, ESET, dsb.


Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template