Sunday, November 21, 2010

Aku terima nikahnya

Pengarang : Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
ISBN : 978-983-097-189-6
Mukasurat : 227 Halaman
Status: ADA Stok

Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.


Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains

Danial Zainal Abidin

PTS Millennia Sdn Bhd RM 31.00 / RM 34.00 (Sabah & Sarawak),

ISBN 983-3604-15-3;

ISBN 978-983-3604-15-9;
9789833604159
Tarikh Terbit: 27 April 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halama

Sinopsis

Dr Danial berjaya menempatkan dirinya sebagai Dr Maurice Bucaille (dari Perancis) Malaysia kerana kehebatan beliau menggabungkan sains dan al-Qur:an. Sebagai doktor Perubatan lulusan Egypt, Dr Danial meneropong al-Qur:an melalui ilmu sains kedoktoran yang dimilikinya dan beliau meyakinkan kita bahawa apa yang ditemui oleh Sains (termasuk sains perubatan) selari dengan perkhabaran al-Qur:an. Ini bermakna al-Qur:an mendahului sains berabad-abad lamanya..

Ulasan ringkas

Buku ini mengandungi 5 bab:

Bab 1: Cemerlang dgn menguasai Dua Ayat
Dalam bab ini, Pengarang mengajak pembaca meneropong dua ayat atau wajah al-Qur:an. Pertama menguasai fiqh al-Qur:an (pembacaan, tafsir dan fiqh ayat-ayatnya. Kedua: meneliti tanda-tanda kebenaran al-Qur:an di alam nyata. Inilah fokus buku ini yaitu menguasai ayat-ayat atau tanda-tanda AQ di alam realitas. Bab ini membawa kita kpd suatu keyakinan bahawa Sains dan al-Qur:an sebenarnya harmoni bukan apa yang berlaku di Barat yang melahirkan pertembungan antara Bible dan Sains

Bab 2: Permulaan Alam Semesta- Permulaan Segala-galanya
Ia menjelaskan proses kejadian alam dari teori ledakan BigBang secara kronologi, keujudan sistem galaksi dan solar serta makhluk-makhluk dijagat raya dari perpespektif al-Qur:an dan bagaimana ia selari dgn penemuan Sains.

Bab 3: Manusia dan Asal-usulnya
Ia menyoroti kejadian Adam & Hawa, kemudian sains embriologi (fasa-fasa kejadian janin dalam rahim). antara isu penting yg dibahaskan dalam bab ini ialah:
a. air asas kehidupan
b. kepalsuan teori darwin
c. isu Hawa dari tulang rusuk Adam
d. benih dari tulang sulbi dan taraib
e. Roh ditiupkan pada 40 atau 120 hari?
f. penentuan jantina janin
g. apakah tempoh menyusu 2 tahun itu masih releven?
Temui jawapan itu dari teropong sains terhadap bukti AQ

Bab 4: Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia
Ia menyentuh tujuan hidup manusia dari aspek AQ dan Sains yg merangkumi, antara lain aktiviti seks, aspek pemakanan, kebersihan (taharah), sunan fitrah, alam sekitar, solat dan puasa

Bab 5: Epilog/Penutup
Rumusan:
a. Sains menonjolkan Tuhan
b. Sains Pemangkin Ilmu Sains
c. Sains Membenarkan AQ


Sukan Dalam Islam

Islam menggalakkan Muslim menjadi kuat dan mencari jalan untuk kuat. Dalam Hadith, Rasulullah (SAW), memerintahkan kita dengan bersabda: “Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.” Ini ialah seruan jelas untuk bersukan yang menunjukkan Islam letakkan kepentingan bersukan dalam melatih umat Muslim dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas. Tidak hairanlah apabila pepatah menyebut: “Minda yang cerdas bermula dari badan yang sihat.”

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, menghuraikan sukan dan adabnya dengan lebih terperinci dengan menyatakan yang berikut:

“Sejak zaman silam, manusia telah mencipta pelbagai jenis latihan fizikal dan mencipta pelbagai jenis sukan untuk menjadikan badan mereka kuat, dengan setiap jenisnya mempunyai cara-cara dan matlamat tertentu. Satu bangsa yang sebati dengan pergaduhan dan perperangan, sukan seperti angkat berat, memanah dan beladiri menjadi kelaziman, sedangkan berenang menjadi sukan utama bagi orang yang tinggal di tepi pantai laut. Di semenanjung Arab, manusia sukan berburu dan menunggang kuda disebabkan keadaan mereka yang selalu mengembara dan berpindah-randah.

Bagaimana Islam Memandang Sukan?

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati:“Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya.

Kesan Sukan Kepada Badan :

Di dalam kitabnya yang terkenal ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan.

Sukan Yang Ada dalam Ibadah Islam :

Dalam Islam, kita melihat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.

Adab Bersukan Dalam Islam :

Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati.

Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima.

Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan:

1-Seseorang Muslim tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain.

2- Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam.

3-Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang.

4- Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan.

5-Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak.

6-Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai.

Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang semasa membenarkan sesuatu sebagai halal, Islam meletakkan beberapa syarat yang bertujuan mengekalkan akhlak dan sesuai dengan matlamat peraturan umum. Sukan hendaklah diamalkan dengan mengikuti syarat-syarat ini supaya boleh mengelakkan sebarang kemudaratan yang tidak dikehendaki. Peraturan umum dalam Shari`ah ialah apa-apa perbuatan yang melampaui batas sama ada dalam makan, minum, berpakaian atau sebagainya, adalah dilarang. Al-Qur’an mengisytiharkan: “Hai orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.”(Al-Ma’idah: 87)”

Wednesday, November 10, 2010

Tip pelaburan hartanah untuk mereka yang tidak bergaji tinggi

Bagaimana seorang yang berpendapatan serendah RM600 setiap bulan mampu berjaya didalam perniagaan hartanah? Jeng, jeng, jeng… saya pasti anda tertanya-tanya betul ke ni? atau saja bagi “title” gempak-gempak? hmm..

Jawapan saya, memang betul! dan saya akan tunjukkan caranya.

Sebelum ini mungkin ada diantara kita yang merasakan industri hartanah bukanlah untuk mereka, kerana orang yang berada didalam pelaburan ini adalah orang kaya dan paling-paling pun mereka bergaji lumayan sebab itu mereka mampu membeli rumah atau bungalow mahal-mahal. Ada pula yang mengatakan kalau nak berjaya dengan industri ini kita kena berjaya dulu, lepas tu baru lah melabur didalam hartanah. Ini bisnes orang kaya, orang yang cukup-cukup makan macam kita ni mana ada peluang kat sini.

Pada mulanya saya juga berpendapat begitu, tetapi setelah saya “ber-chating” dengan seorang usahawan dan pelabur hartanah wanita ini saya mula merangka strategi untuk mempraktiskannya. Pernah dengar kata-kata popular dibawah?;

“I like thinking big. If you’re going to be thinking anything, you might as well think big.”

Jika anda pernah menonton siri “Apprentice”, pasti anda kenal Donald Trump, Kata-kata diatas banyak memberi inspirasi pada ramai usahawan untuk membina “mind set” usahawan yang cemerlang. Jadi bermula pada hari ini mulakan sesuatu yang kecil tetapi hasilnya akan menjadi sesuatu yang besar, biarlah ia mengambil 3,5 atau 10 tahun sekali pun. Yang penting anda dapat mencapainya.

Satu kes “study” dari seorang wanita biasa, yang juga tidak mempunyai latar pendidikan yang cemerlang seperti kawan-kawannya. Nama beliau adalah Pn. Rosmawati atau panggilan mesra kak Ros. Seorang usahawan yang pada dahulunya seorang pekerja biasa dan segalanya bermula pada akhir tahun 1998.

Pada waktu itu beliau mula memikirkan bagaimana caranya beliau dapat merubah keadaan keluarganya dan keluar dari tradisi kemiskinan. Beliau bekerja sebagai pembantu tadika yang berpendapatan RM600 setiap bulan. Waktu itu keadaan keluarga amat sukar dan ini menuntut kak ros mula berdikari dan mula menabung.

Bagaimana kak ros menabung? Mungkin ramai diantara kita yang menabung dari duit lebihan, tetapi kak ros menabung dari wang usaha kerasnya. Beliau tahu untuk berjaya beliau perlukan satu pengorbanan. Beliau mula merancang untuk memulakan bisnes kecil-kecilan. Apa bisnes kak Ros? saya tidak diberi maklumat tentangnya. Dari apa yang ditulis oleh beliau, perniagaan itu mampu memberi keuntungan sebanyak RM17.50 sen sehari. Dari keuntungan perniagaannya itu, beliau terus simpan tanpa diusik langsung. Setiap hari beliau dapat melihat duitnya makin berganda. Jika dikira-kira jumlah tabungannya beliau dapat menyimpan RM17.50 x 30 hari = RM525.00 sebulan. Didalam setahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 ringgit. Didalam 5 tahun beliau dapat mengumpul RM6’300.00 x 5 tahun = 31’500.00 ringgit. Setelah itu barulah beliau mula mencari-cari peluang pelaburan yang dirasakan berbaloi.

Dari pandangan beliau hanya hartanah sahaja mampu menggandakan wangnya didalam masa yang singkat. Tetapi ada satu masalah pula, dengan wang sebanyak itu apakah hartanah yang dapat dibelinya? Akhirnya beliau dapat tawaran istimewa untuk membeli tanah lot yang berharga RM30,000 dengan keluasan 5’000 kaki persegi.

Pada awalnya beliau hanya membeli tanpa melakukan apa-apa. Setelah beberapa lama merancang perniagaan yang sesuai, akhirnya tanah jenis pertanian itu telah diusahakan untuk penternakkan kambing. Dengan tekat kesungguhan beliau, tanah yang dibelinya itu mampu menternak hampir 200 ekor kambing yang sedia untuk dijual. Sejarah manis bagi beliau apabila sebanyak 70 ekor kambingnya dijual untuk hari raya korban.

Dari maklumat yang diberi, setiap ekor kambing dijual dengan harga RM800.00 x 70 ekor = RM56’000.00. Keuntungan yang sebanyak itu telah membuka lebih banyak peluang pada beliau dan keluarga. Setelah 2 setengah tahun mengusahakan ternakkan kambing. Datang seorang usahawan dari Kuala lumpur yang ingin membeli perniagaannya. Beliau ditawarkan RM500,000 untuk menjual segala bisnes ternakkannya itu, pada mulanya agak sukar membuat keputusan, tetapi setelah difikirkan kembali dengan pendapat ahli keluarga. Beliau telah menjual perniagaannya itu dengan harga yang dipersetujui.

Jadi mulalah kak Ros dengan wang sebanyak itu membeli beberapa lagi tanah yang murah-murah dan dipecah-pecahkanya. Setelah itu jual pada mereka yang ingin membelinya didalam bentuk plot. Dengan teknik seperti ini beliau kini telah mengumpul aset bernilai RM6 juta dan didalam bentuk tanah dan 3.2 juta lagi didalam bentuk hartanah seperti komersial dan rumah yang kebanyakkannya disewa.

Segala penat lelahnya kini telah berbaloi, Katanya kadang-kadang teringat masa mula-mula melabur dahulu. Rindu rasanya untuk mengeluarkan peluh seperi dulu. Walaupun kejayaannya tidak lah sehebat orang lain, tetapi kegigihan dan semangat untuk terus berusaha itu harus diteladani.

“What? another success story?” biar betul nih!
Yes! it’s. dan ia berdasarkan kisah sebenar Pn. Rosmawati dan keluarga dan rahsia ini dikongsi bersama kita semua.

Semoga mendapat satu idea dan manfaat dari artikel ini. Insyaallah..

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template