Monday, December 20, 2010

KEGAWATAN EKONOMI: APA PERANAN KITA?



Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha dan berwaspada untuk memperbaiki tahap mutu hidup serta mengelak dari terjerumus kepada kemelut kemiskinan dan kepapaan. Kemiskinan dan kepapaan akan menyebabkan kita hilang keyakinan diri dan sanggup menggadai maruah diri. Di peringkat yang lebih menakutkan, kepapaan boleh menyebabkan manusia mencari pekerjaan yang tidak bermaruah, rendah akhlak serta menjadi kufur. Sebagaimana hadis menyatakan "Hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran".

Sebagai penjawat awam contohnya, hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi dengan mengurangkan karenah birokrasi dan prosidur-prosidur yang tidak wajar agar proses sesuatu permohonan itu dapat dipercepatkan. Sekiranya kita sengaja melengahkan kerja yang diamanahkan, maka ini bermakna kemalasan itu adalah satu sifat keji. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya, Allah suka apabila salah seorang dari kamu melaksanakan sesuatu tugas, hendaklah ia diperhalusi (diteliti)".

Selain itu, kita hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas untuk mengelak dari terjebak kepada unsur-unsur rasuah atau perkara yang dikutuk oleh Allah SWT. sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ahzab ayat 72:

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil."

Manakala mereka yang bekerja sendiri seperti peniaga, petani dan sebagainya, hendaklah menjalankan kerja dengan penuh keikhlasan dan tekun agar hasil kerja kita memuaskan pihak pelanggan dan pembeli. Sesungguhnya Allah SWT akan sentiasa memberi rahmat dan pahala kepada mereka yang menjalankan kerja dengan sempurna kerana Allah sangat suka kepada kesempurnaan.

Berusaha membantu menegakkan ekonomi umat Islam adalah satu tuntutan. Ianya seperti membantu usaha pihak pemerintah untuk mengukuhkan ekonomi negara dalam pelbagai aspek. Tanggungjawab ini turut dipikul oleh rakyat sebagai pengguna. Setiap produk memerlukan pengguna dan pembeli. Justeru, pengguna adalah satu bahagian penting dalam perbelanjaan negara.

Apa yang penting, umat Islam hendaklah menjadi pengguna yang berhemah, iaitu berbelanja dengan cara yang tidak membazir. Ingatlah bahawa pembaziran itu adalah was-was syaitan. Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 27:

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

Amalan kewangan yang tidak boros tetapi berhemah, akan dapat membantu kita membeli hasil keluaran dan perkhidmatan orang lain dan dengan demikian mereka pula akan menerima pendapatan halal dari kita dan seterusnya mengekalkan peluang pekerjaan mereka.

Justeru, berikut disenaraikan peranan kita apabila menghadapi kegawatan ekonomi seperti berikut:

1) Lindungi & Kukuhkan Punca Pendapatan

Mereka yang bekerja makan gaji, inilah masanya untuk anda meningkatkan lagi prestasi kerja anda dengan cara melebihkan sedikit sewaktu bekerja, bekerja dengan lebih tekun, serta meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran anda. Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu. Selain itu, sentiasa hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk. Hidup dalam keadan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa. Seperti firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 12:

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Lukman, iaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

2) Tambahkan Punca Pendapatan Anda

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menambahkan punca pendapatan. Ramai orang yang memberikan alasan dan berkata.. "Saya bukannya tak mahu buat, cuma takde masa?". Zaman sudah berubah, dunai dah maju, sudah ada banyak peluang-peluang menjana pendapatan sampingan yang tidak memerlukan anda menghabiskan banyak masa seperti berniaga dan sebagainya yang halal di sisi Islam. "Mencari yang halal itu satu kewajipan setiap Muslim"

3) Kurangkan Perbelanjaan Anda

Walaupun tidak bimbang akan kehilangan pekerjaan, kita sewajarnya perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh untuk perlindungan. Sebahagian pakar ekonomi mengatakan, perlu menyimpan untuk menampung keperluan hidup untuk selama 6 bulan sehingga 9 bulan. Dengan mempunyai simpanan tunai, kita dapat membuat perancangan kita di masa kecemasan. Melabur untuk masa hadapan hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai pendapatan yang lebih di setiap hujung bulan. Cuba-cubalah lihat kembali bagaimana kita dapat mengurangkan apa-apa juga perbelanjaan harian atau bulanan. Contohnya seperti bil-bil perkhidmatan dan apa-apa juga jenis pembayaran bulanan anda. Elakkan daripada pembaziran perbelanjaan yang bukan keperluan.

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan

4) Membuat Pelan Perbelanjaan

Dengan membuat pelan perbelanjaan atau budjet, ia dapat mengawal perbelanjaan kita dan dapat mengenal pasti jumlah yang perlu kita buat simpanan untuk setiap bulan. Dengan mempunyai pelan perbelanjaan juga akan dapat membantu kita untuk membuat keputusan pelaburan. Buatlah pelaburan yang bersistematik terutamanya pada waktu pasaran menurun.

5) Amalan "Berkira" dan Menabung

Dalam situasi semasa di mana kos kehidupan semakin hari semakin meningkat, maka sebagai pengguna kita perlu "berkira" ketika berbelanja. Jika dahulu kita telah pun mengambil langkah berjimat cermat, kini kita perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja. Berjimat cermat tidak cukup dengan sekadar membelanjakan kesemua pendapatan bulanan pada setiap bulan, seharusnya ada perancangan dan usaha untuk menyimpan atau menabung pendapatan bulanan tersebut, kerana amalan atau budaya untuk menyimpan atau menabung sangat penting bagi kegunaan masa depan. Tabungan atau menyimpan bukan dikira samada banyak atau sedikit, tetapi sentiasa konsisten pada setiap masa.

6) Elakkan Tabiat Berhutang

Selain dari mengamalkan sifat kesederhanaan dalam segenap aspek kehidupan dengan berjimat cermat dan tidak melakukan perbuatan membazir, kita juga tidak digalakkan berhutang. Berhutang atau meminjam seharusnya tidak dijadikan satu kelaziman dalam kehidupan zaman ini, walaupun ada ketikanya ia tidak dapat dielakkan kerana keperluan mendesak seperti pembelian rumah dan kereta. Namun paling ketara dan perlu diberi perhatian yang serius ialah penggunaan kad kredit. Dengan pendapatan bulanan minimum RM 1,500.00 saja, seseorang sudah layak menggunakan kad kredit. Melalui pelan bayaran balik yang sedikit jumlahnya pada setiap bulan telah menyebabkan ramai yang terlupa. Sebenarnya mereka juga perlu membayar balik jumlah hutang atau kredit yang telah digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

Setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan harus setimpal dengan nilai barangan atau perkhidmatan yang anda perolehi. Dengan cara ini, barulah kita berjaya menjadi pengguna yang bijak dan berhemah.

Berikut disenaraikan beberapa tips atau panduan berguna kepada pembaca untuk memastika mereka memperolehi nilai maksimum daripada setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan.

* Beli barang keperluan, termasuk barangan dapur, secara pukal.
* Amalkan tabiat membandingkan harga barangan di antara beberapa kedai sebelum membeli.
* Tukar tabiat daripada suka membeli barangan import kepada barangan buatan tempatan.
* Kurangkan (atau elakkan) makan di luar.
* Sediakan bekal kepada anak-anak untuk ke sekolah.
* Elakkan membeli barangan mewah seperti kereta, pakaian, barangan kemas, perabot dan aksesori berjenama.
* Jika anda mampu dan berkebolehan, carilah masa serta ruang untuk menyediakan sendiri peralatan rumah seperti menjahit langsir dan pakaian keluarga.
* Elakkan daripada mengadakan kenduri di hotel atau restoran mewah.
* Bagi yang mempunyai kenderaan, carilah masa yang sesuai untuk mencuci sendiri kenderaan anda.
* Elakkan membeli minuman siap yang dibotolkan.
* Jika berkesempatan dan lebih ekonomi, anda dan pasangan juga boleh membawa bekal ke tempat kerja atau pejabat.
* Jika perlu, tanam sendiri sayur-sayuran.
* Pujuk diri sendiri supaya tidak terpengaruh dengan kempen jualan murah atau apa juga bentuk promosi.
* Sediakan senarai barang keperluan yang hendak dibeli sebelum anda keluar membeli-belah.
* Elakkan membawa wang melebihi jumlah yang anda ingin berbelanja.
* Jangan bawa kad kredit ketika membeli belah.
* Elakkan daripada membuat hutang baru.
* Tingkatkan tabungan anda dan keluarga.

Jika anda komited dan mempunyai disiplin diri yang kuat, InsyaAllah, tips di atas dapat membantu anda dan keluarga meminimumkan perbelanjaan seharian.

Sunday, December 12, 2010

Tips menghias Ruang Tamu

Berikut adalah serba sedikit petua dalam menghias ruang tamu rumah anda.

1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu.

2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh.

3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga.

4. Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku.

5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.

6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.

7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik.

8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.

9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.

10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.

11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja.

diolah dari utusan.com.my

Wednesday, December 8, 2010

Tips membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan

Membuka kedai buku & alat tulis secara kecil-kecilan dengan modal terhad (RM70k kebawah) sebenarnya agak sukar dilaksanakan walaupun ianya tidak mustahil dilakukan. Disini saya memberikan beberapa tips berkenaan kedai yang “agak” berkaitan perniagaan kedai buku dan alat tulis yang boleh juga anda ceburi sekiranya memang berminat dengan perniagaan yang berkaitan buku dan alat tulis ini.

1. kedai buku dan alat tulis mini
Kedai buku dan alat tulis mini ini sesuai dijalankan dipremis kedai yang memiliki keluasan yang terhad seperti lot-lot terminal teksi berukuran 10’ x 15’. Modal untuk membuka kiosk ini agak kecil iaitu sekitar RM50k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah dll) Namun kebiasaannya, kedai yang memiliki saiz ini terletak dikawasan mahal yang kadar sewanya boleh mencecah sehingga RM2k-RM6k sebulan. Oleh itu, anda perlu menumpukan jualan barangan yang bermargin tinggi iaitu diantara 20%-80% dan nilai jualan yang tinggi iaitu sekurang-kurangnya pada kadar RM1k sehari.

2.Membuka kedai majalah
Membuka kedai majalah juga merupakan antara pilihan yang boleh diceburi anda jika memiliki modal terhad. Dengan kadar modal yang agak rendah iaitu sekitar RM30k (termasuk deposit sewa, aset dalam kedai dan deposit kepada syarikat pembekal majalah). Namun begitu, anda yang memilih jenis perniagaan ini perlu menambah beberapa barangan sokongan untuk menampung perbelanjaan seperti makanan ringan dan perkhidmatan potostst kerana margin keuntungan menjual majalah sangat rendah iaitu sekitar 15% sahaja.

3. Kedai@booth@kiosk buku
Membuka booth & kiosk buku juga mempunyai modal yang agak kecil juga sama seperti membuka edai buku dan alat tulis mini. Masalah yang sering diterima oleh pekedai jenis ini ialah terlalu mengharapkan trafik pelanggan yang ramai diseseuatu tempat memandangkan kebiasaannya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang tidak merancang untuk membeli buku. Oleh itu, lokasi jenis perniagaan ini sangat penting.

4. Kedai fotostat mini
Kedai fotostat juga adalah diantara kedai yang menawarkan pilihan modal awal yang agak rendah iaitu disekitar RM30K (dgn 2 mesin fotostat yg laju, deposit sewa, peralatan laminate, binding dll)-. Namun begitu untung perniagaan ini agak kurang dan memerlukan jualan dalam kuantiti yang banyak dan agak melecehkan. Kurangkan kesilapan ketika memfotostat & dapatkan kertas pada harga borong. Bayaran untuk perkhidmatan binding dan laminating perlu difokuskan kerana memiliki nilai keuntungan yang agak tinggi.

P/s: utk kedai fotostat saya mensarankan> menyewa mesin sekiranya perniagaan benar2 mantap kerana mesin anda akan digunakan secara total tanpa belas (sbb sewa mesin ada terma untuk membaiki mesin sekiranya rosak) atau pada peringkat awal, beli sahaja mesin recond dan PASTIKAN KOS COPY TIDAK MELEBIHI RM0.03 sen sehelai!!

5. Kedai alat tulis mini
Bagi mereka yang memilih untuk membuka kedai alat tulis mini pula, saya mencadangkan kepada mereka agar memilih kawasan yang memiliki bilangan trafik yang ramai kerana anda tidak mungkin mampu menampung perbelanjaan bulanan sekiranya anda hanya berjaya menjual 100 batang pen sehari! Anda memerlukan jumlah jualan yang tinggi dengan pembekalan alat tulis ketempat2 tertentu. Walaupun margin keuntungan barangan alat tulis agak tinggi namun nilainya adalah kecil. Kos awal bagi membuka kedai alat tuis mini ialah diantara RM20-RM70k bergantung kepada kepadatan barangan. (alat tulis memiliki terlalu banyak barang! Cthnya> anda tidak boleh menjual sejenis pen sahaja, sekurang-kurangnya mungkin 10 jenis, sejenis itu pun sudah memiliki beberapa kategori seperti mata 0.1, 0.7, 0.5 dan berdakwat biru, hitam dan merah...

6. Perniagaan menjual buku & alat tulis tanpa premis kedai
Hm.. ini merupakan kaedah terbaik untuk memiliki perniagaan walaupun tanpa premis kedai dan tiada kos awal kecuali pendaftaran syarikat dan profil syarikat. Kawan baik saya memiliki perniagaan jenis ini dan gajinya melebihi gaji saya! Bagaimana dia melakukan? Setiap hari dia akan mendaki sekurang-kurangnya sepuluh buah premis untuk menjual produk dari katelognya yang memfokuskan kepada perkhidmatan pembekalan sahaja. Kos yang dikeluarkan hanya jika pihak jabatan dan pejabat itu bersetuju untuk membeli buku atau pun alatb tulis yang akan dibekalkannya. (kebarangkalian untuk ditipu berkaitan dengan perniagaan ini sangat tinggi-berhati-hatilah)

7. Membuka kiosk di tapak2 ekspo dan karnival.....

untuk maklumat lanjut sila ke link berikut :

Tuesday, December 7, 2010

Apakah diet dan kenali jenis-jenis diet beserta risikonya

FAD DIET

Apakah 'fad diet'?
Bagaimana 'fad diets' berfungsi?
Kenapa 'fad diets' popular ?
Jenis Diet

Bagaimana 'fad diets' berfungsi?

'Fad diet' tidak boleh membentuk tabiat makan secara sihat. Sesetengah 'fad diet' tidak menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan air sahaja. Kebanyakan 'fad diets' meningkatkan penghasilan urin yang menggalakkan pembuangan air melalui air kencing. Dengan cara ini, badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral yang penting.

Ada sesetengah 'fad diets' menjadi popular kerana berkesan dalam masa yang singkat. Contohnya, diet tinggi protein dan diet tinggi lemak mencetuskan ketosis dan menyebabkan pengurangan berat badan dalam jangka masa yang singkat. Pengurangan berat badan juga berlaku kerana kesan duretik akibat pengambilan karbohidrat yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan ketosis. Mereka yang mengamalkan 'fad diet' biasanya akan mengalami pertambahan semula berat badan.

Sesetengah pelan diet sukar untuk diikuti kerana ianya membosankan dan menghadkan pengambilan sesetengah jenis makanan. Lama-kelamaan anda mungkin akan mengalami pengurangan berat badan, tetapi anda mungkin akan dapati selera makan tidak dapat dikawal dan ini akan mengakibatkan pertambahan berat badan lebih daripada berat badan asal.

Sesetengah 'fad diets' boleh membahayakan. Diet yang terlalu rendah kalori boleh mengakibatkan keletihan, ketidakselesaan dan kekejangan otot. Kekurangan protein dan karbohidrat pula menyebabkan rasa pening, keletihan dan pelbagai penyakit lain.

Kenapa 'fad diets' popular?

Ramai orang lebih suka mencuba 'fad diet' yang menjanjikan hasil yang cepat berbanding dengan berusaha mengurangkan berat badan dengan melakukan perubahan jangka masa panjang dalam tabiat pemakanan dan senaman. Strategi pemasaran yang agresif oleh syarikat pengeluar 'fad diet' juga mengambil kesempatan di atas fakta ini.

Jenis Diet

Jenis Diet

Rasional

Risiko

Diet Terlalu Rendah Kalori

Diet Terlalu Rendah Kalori adalah diet yang mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari.

Apabila pengambilan tenaga adalah rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada simpanan lemak. Walau bagaimanapun tubuh akan menjadi lebih efisyen dan berfungsi dengan mengguna tenaga yang rendah itu dan kadar metabolisma tubuh akan menurun, juga cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak daripada otot.

Diet Terlalu Rendah Kalori dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga. Kematian mengejut boleh berlaku pada pesakit yang mempunyai penyakit-penyakit lain terutama pengambilan kalori kurang daripada 600 kalori sehari.

Diet Rendah Lemak

Menghindarkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.

Sesetengah pengikut diet rendah lemak memberi gambaran yang salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit adalah disebabkan oleh bahan toksik dan dengan mengamalkan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama pada peha atau pinggang.

Diet Tinggi Serat

Diet tinggi serat boleh membantu penurunan berat badan kerana ia memberi rasa yang mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.

Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit birit. Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan lagi keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.

Diet Tinggi Protein

Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram/sehari. Pengambilan terlalu tinggi protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong. Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan menghadkan pengambilan tenaga.

Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu. Diet ini juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat, terutamanya bijirin penuh daripada tumbuhan.Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas. Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.

Nasihat

Anda tidak sepatutnya mencuba 'fad diet' tanpa mendapat nasihat daripada doktor. Jika anda merasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet tersebut dengan segera. Anda perlu maklum bahawa tahap keberkesanan amalan ‘fad diet’ adalah tipis dan boleh menyebabkan kesan sampingan.

PENGURUSAN BERAT BADAN


Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?
Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?Apa itu kurang berat badan?
Apakah penyebab kurang berat badan?
Bagaimana untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat?Apa itu berlebihan berat badan?
Apa itu obesiti?
Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?
Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?
Bagaimana untuk menurunkan berat badan?

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?

Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat, pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri

Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?

Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :

  1. Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
  2. Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
  3. Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat badan. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres. Untuk pengurusan berat badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit sehari (4 – 5 kali sehari). Jangkamasa yang pendek dibenarkan tetapi sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Apa itu kurang berat badan?

Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2.

Apakah penyebab kurang berat badan?

Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah :

  • Kecelaruan pemakanan seperti Anoreksia Nervosa atau Bulimia
  • Masalah perubatan yang lain

Bagaimana untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat?

Tip yang sihat dan praktikal untuk menambah berat badan :

  1. Rancang untuk menambah hidangan makanan.
    Makan melebihi keperluan merupakan kunci untuk penambahan berat badan. Oleh itu, anda perlu menambah pengambilan makanan anda.
  2. Bersnek secara bijak.
    Bersnek secara bijak memainkan peranan utama dalam meningkatkan berat badan. Selain daripada menambah hidangan, ianya penting untuk meningkatkan pengambilan tenaga. Pilih snek yang mengandungi kalori tambahan, vitamin dan mineral. Contohnya keju atau mentega kacang ditambahkan pada biskut kraker.
  3. Pilih makanan yang berkalori tinggi
    Pilih makanan berkalori tinggi untuk menambah berat badan. Pilih makanan atau menu berdasarkan Piramid Makanan Malaysia and digalakkan untuk mengambil saiz hidangan tambahan. Bagi mereka yang mengalami kekurangan berat badan, digalakkan untuk makan walaupun mereka tidak lapar.
  4. Elakkan melangkau waktu makan utama
    Hidangan utama seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam perlu diambil dan pengambilan snek sihat di antara waktu makan adalah digalakkan.
  5. Bagaimana anda boleh mula?
    Mulakan dengan memilih makanan berkalori tinggi daripada setiap kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. Ianya termasuk lemak, minyak dan gula dalam kadar yang sederhana. Sasarkan pengambilan makanan berdasarkan bilangan hidangan yang maksimum bagi setiap kumpulan makanan tersebut. Penambahan kalori berlebihan secara kreatif di dalam hidangan pada setiap hari akan memberi keseronokan semasa menikmati hidangan. Contoh : pemilihan minuman berkalori tinggi, penambahan keju dan sos di dalam sandwic.
  6. Sasarkan kenaikan berat badan secara beransur
  7. Semak keperluan tenaga harian untuk mengetahui berapa tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan berat badan.

(Rujuk kepada formula pengiraan tenaga keperluan harian).(Rujuk contoh menu mengikut kalori yang ditetapkan).

Apa itu berlebihan berat badan?

Anda dikatakan berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2

Apa itu obesiti?

Obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi keperluan. Anda dikatakan obes sekiranya Indeks Jisim Tubuh (IJT) anda mencapai 30.0 kg/m2 atau lebih.


Apakah penyebab berlebihan berat badan dan obesiti?

Berlebihan berat badan atau obesiti adalah akibat ketidakseimbangan tenaga dimana pengambilan melebihi penggunaan pada jangka masa yang panjang.Pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori serta penurunan tahap aktiviti fizikal juga merupakan faktor penyumbang utama masalah kegemukan dan obesiti.

Masalah lain juga boleh menyebabkan kegemukan. Ini termasuk:

  • Pengambilan sesetengah jenis ubat
  • Penyakit seperti hypothyroidism, penyakit Cushing’s hypothalamic tumors.
  • Pengurangan mendadak tahap aktiviti fizikal (ahli sukan yang bersara)
  • Ketidakseimbangan hormon

Apakah masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan kegemukan?

  • Penyakit jantung dan tekanan darah tinggi

    Risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan obesiti adalah lebih akut di kalangan orang dewasa muda. Risiko juga tinggi dikalangan mereka yang berlebihan lemak pada bahagian abdomen.

  • Tekanan darah tinggi dan angin ahmar

    Orang dewasa muda (berumur 20-44 tahun) yang berlebihan berat badan mempunyai risiko mendapat tekanan darah tinggi sebanyak 5.6 kali lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal.

  • Kencing Manis. Terutama di kalangan dewasa yang mempunyai berlebihan lemak di bahagian abdomen.
  • Kanser. Beberapa kajian menunjukkan kaitan yang positif antara berlebihan berat badan dan kanser terutama yang diakibatkan oleh hormon seperti kanser payu dara, kanser serviks, kanser uterus dan kanser ovari dan prostat.
  • Masalah endokrin. Kitaran haid yang tidak tetap, masalah berkaitan haid yang lain, dan masalah komplikasi kehamilan, terutamanya toksemia dan tekanan darah tinggi.

  • Penyakit pundi hempedu. Obesiti adalah faktor risiko bagi penyakit pundi hempedu bagi lelaki dan perempuan pada semua peringkat umur. Risiko tersebut semakin meningkat apabila terdapat lebihan lemak di bahagian abdomen.

  • Penyakit paru-paru. Individu yang obes mengalami masalah pernafasan. Ini mungkin diakibatkan oleh pengecilan rongga toraks akibat pengumpulan lemak di bahagian rusuk, abdomen dan diafragma.

  • Arthritis. Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk menghidap gout artritis iaitu keadaan yang sangat menyakitkan. Berlebihan berat badan akan memberi tekanan pada sendi-sendi, bahagian belakang dan lutut. Akhir sekali ia akan menyebabkan osteoartritis.

Bagaimana untuk menurunkan berat badan?

  • Runding dengan doktor anda untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan.

  • Runding dengan pakar pemakanan atau pakar diet dari klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.

  • Anda perlu tahu keperluan tenaga harian anda supaya anda boleh mengurangkannya untuk menurunkan berat badan anda.
    • Gunakan kaedah pengiraan –
    • (rujuk garispanduan untuk mengira keperluan tenaga harian).
    • Rujuk contoh menu mengikut keperluan kalori anda.
  • Jangan terlalu mengurangkan pengambilan kalori kerana jika anda betul-betul lapar, anda akan makan berlebihan.
  • Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
  • Paling Penting: Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
  • Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan.
  • Ingat : Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.

Rujukan :

  • Modul Gaya Hidup Sihat: Dr. Mohd. Nasir & Dr. Rokiah; Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (1996-2000); Kumpulan Kerja Teknikal Untuk Latihan
  • Obesity : Preventing and Managing the Global Epidemic, Report of a WHO Consultation on Obesity, Geneva 3-5 June 1997.
  • Global Strategy on Diet, Physical Activity and Health, WHO 2003.
  • J.P.H Wilding, Treatment Strategies for Obesity, Diabetes and Endocrinology Clinical Research Group, University of Liverpool, Liverpool, UK.
  • Mary K. Serdula, Ali H. Mokdad, David F. Williamson, Deborah A. Galuska, James M. Mendlein, Gregory W. Heath, Prevalence of attempting weight loss and strategies for controlling weight, JAMA, October 13, 1999-Vol 282, No.14.

Penyediaan Makanan yang selamat


Apa itu makanan yang selamat?

Fakta penting

Apa yang perlu saya buat untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat?

Apa itu makanan yang selamat?

Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.

Fakta penting:

  • Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.
  • Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang dijangkiti kuman
  • Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan.
  • Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut

Apa yang perlu saya buat untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat?

Anda perlu :

  • Menjaga kebersihan diri
  • Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:
    • Selepas keluar dari tandas
    • Mengendalikan sisa makanan
    • Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
    • Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan
  • Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek
  • Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
  • Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
  • Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum menyediakan makanan
  • Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
  • Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
  • Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan makan
  • Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang telah dimasak

Anda jangan:

  • Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan
  • Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan makanan
  • Batuk atau bersin ke arah makanan
  • Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidang makanan.
  • Menjilat jari semasa menyediakan makanan
  • Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
  • Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan dan minuman
  • Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
  • Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
  • Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan
  • Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak

Ancaman Freemason Di Malaysia..part 3

3 . Senibina Freemason di Malaysia





Ancaman Freemason Di Malaysia..part 2

2. Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai

Kedua-dua mereka berada di bidang yang berlainan dan corak kerjaya profesional yang berbeza. Seorang dari mereka adalah superstar dalam arena sukan bola sepak. Manakala seorang lagi sememangnya superstar dalam arena hiburan di Hollywood.

Yang menyedihkan ialah kedua-duanya adalah pujaan menggunung bagi kebanyakan remaja dan belia muslim. Kita boleh dapati gambar-gambar dua lelaki ini dilekat di merata-rata tempat khususnya peminat fanatik mereka yang sememangnya skiptikal dalam budaya hedonisme.

Sama ada pelajar sekolah malahan pelajar IPT sekalipun sudah pasti muka kedua-dua Yahudi ini ada di dalam bilik-bilik asrama mereka Tidak cukup dengan itu, ditampalnya di fail-fail kuliah, dilekat dihadapan kulit-kulit buku dan diusung ke hulu ke hilir.

Tambah menyakitkan mata apabila baju-baju yang memaparkan gambar kedua-dua lelaki Yahudi ini dibeli dan dipakai ke sana ke mari. Dan yang paling mendidihkan hati wajah-wajah Yahudi ini, atau paling tidak pun nama-nama mereka yang terpalit pada baju di bawa bersama semasa menunaikan solat di masjid.

Maka jadilah adegan David Beckham dan Slash turut solat berjemaah bersama peminatnya.

Keyahudian David Beckham

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham ialah bintang bola sepak no 1 dunia. Beliau sebenarnya berketurunan Yahudi di sebelah datuknya. Beliau dilahirkan di Essex, iaitu daerah penempatan Yahudi terbesar di United Kingdom.

Permulaan karier bola sepak Beckham berputik sejak beliau kanak-kanak lagi iaitu di Ridgeway Park, Chingford. Adalah tidak memeranjatkan jika bintang David Beckham bersinar dalam arena ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah peminat fanatik kelab Manchester United.

Walaupun bukan penganut agama Judais yang taat, Beckham cuba menonjolkan imej keyahudiannya itu di mata dunia.

Anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

Beckham juga mendedahkan dalam buku autobiografinya dengan mengatakan semasa kecil beliau pernah menghadiri upacara-upacara keagamaan Judais di Synagogue (tempat ibadat Yahudi) dan beberapa upacara perkahwinan saudara sebelah datuknya.

Semasa zaman kanak-kanaknya, beliau juga sering memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel..



Pada April 2008 baru-baru ini, Beckham dan isterinya Posh telah mendaftarkan anak lelaki mereka iaitu Croz yang berusia 3 tahun di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di Kuil Yahudi, Los Angeles. Berita ini dilaporkan oleh Nick Parker dalam akhbar The Sun bertarikh 16 April 2008.


Keyahudian Slash

Slash atau nama sebenarnya Soul Hutson merupakan lagenda gitaris rock era 90-an yang paling terkenal. Dengan rupa paras afrika-amerika, gaya rambut kerinting panjang menutup muka serta topi Uncle Sam yang tidak pernah lekang dari kepala, Slash berjaya menjadi ikon kepada peminat rock n’ roll.



Slash amat sinonim dengan Guns N’ Roses walaupun sebelum itu pernah menyertai kumpulan Snackpit dan sekarang ini Velvet Revolver. Dengan petikan gitar rock campuran country-style ini, Slash seringkali diundang untuk menjadi gitaris undangan sesetengah artis terkenal seperti Michael Jackson dan Ozzy Osborne.

Slash sebenarnya anak kepada pasangan Afrika-Amerika. Dia juga berdarah separuh Yahudi yakni mempunyai talian keturunan Yahudi sebelah bapanya. Ibunya Ola Hudson adalah pendatang berdarah campuran Afrika-Amerika.

Namun identiti yahudinya tidak pernah didedahkan pada era 1990-an kerana ketika semangat perkauman (racisme) terutamanya anti-sematik masih menebal.

Kini, walaupun dia (Slash) seorang Yahudi, dia tetap menjadi pujaan peminat muslim. Maka tidak hairanlah petikan gitarnya juga menjadi bunyi utama dalam lagu “Bayangan” nyanyian Ella.

Karektor Slash yang unik itu juga diabadikan oleh pelukis kartun terkenal majalah Ujang iaitu Gayour yang mana wataknya dijadikan watak utama dalam suatu ruangan kartun.

Walaupun kini usia lelaki yang lahir pada 1965 ini sudah pun mencecah hampir 45 tahun, lelaki Yahudi ini tetap menjadi kegilaan peminat-peminat muslim khususnya di Malaysia. Nampaknya selepas ini, mungkin Lenny Kravitz si Yahudi campuran itu akan mengikut jejak Slash.



Ancaman Freemason Di Malaysia..part 1

1. Sejarah Freemason

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Fremasonry adalah gerakan rahsia Yahudisme untuk menghancurkan agama-agam dan bangsa lain di dunia untukmenjadikan bangsa Yahudi sebagai penguasa tunggal dunia.

Baik Islam,Kristian,Hindu atau sebarang agama sekalipun,Freemasonry akan cuba menyerap kedalamnya dan merosakkan nilai-nilai baik setiap agama. 'jew is threat to human civilization' Zionisme dan Freemasonry adalah nadi yahudi hari ini dan formula mereka mewujudkan negara Israel Raya.

Namun begitu, kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapak di Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya,mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan. Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry di Malaysia.

Gambar : Salah satu bangunan freemason di Malaysia


Gambar 2 : Logo Iuminati ,Piramd bermata Dajjal

Gambar 3 : Logo Freemason ( tentera dajjal )


Antara bukti kewujudan Freemasonry adalah;
1.Gerakan Sisters In Islam
2.Agama Kerajaan Langit Ayah Pin
3.Fahaman Sosialisme dan Komunisme
3.Freethinkers
4.Islam Liberal
5.Gereja antiKhatolik (tidak semua)
6.Sistem politik demokrasi British


Israel Raya bukan hanya sekitar Gaza...tetapi seluruh dunia.
'Bangsa-bangsa lain hanyalah haiwan peliharaan kaum yahudi'
Maka tiada satu bangsa pun akan terlepas daripada mata Zionisme 'the all seen
eyes'...walau sekecil mana
sekalipun...termasuk bangsa Melayu.

Sejarah di Malaysia.
Sekitar tahun 1930 - 1950 Freemason pernah mendapatkan penganutnya
daripada murid-murid nakal Malay College
KualaKangsar,Perak yang sering melanggar peraturan.

Golongan pelajar ini telah bertemu dengan seorang British setiapkali mereka 'mencuri keluar' dari asrama. Mereka sentiasa berlindung di rumah warga British tersebut dan disanalah mereka didekati oleh Freemasonry.

Warga British berkenaan merupakan penganut veteran Freemasonry dan dia memperkenalkan anak-anak muda tersebut kepada gerakan rahsia itu dari A hingga Z.
Kebetulan, di MCKK sendiri terdapat golongan pengajar yang kebanyakannya warga Britain ketika itu merupakan pengikut Freemasonry.

Fakta atau cerita ini adalah sedikit gambaran kepada bertapaknya Freemason,Zionismedan Yahudisme di negara kita.Umat Islam perlu sedar bahwa 'iblis berjanji merosakkan manusia' bererti setiap daripada kita tidak akan terkecuali...sumpah Freemason juga berbunyi sama dengan sumpah iblis itu.

Monday, December 6, 2010

Tips bangun awal pagi

Siapa yang paling susah sangat nak bangun pagi? Ada orang dah biasa bangun awal pagi waktu subuh terus terjaga, ada pulak yang bangun awal pagi untuk sembahyang subuh tapi lepas tu sambung tido balik. Tu kira ok lagi, paling teruk dah la tak sembahyang subuh, bangun pulak lambat…. alamatnya rezeki susah la nak masuk.Nak-nak time cuti kan, time tu lah kalo boleh satu hari nak tido, macam de magnet je badan dengan katil.hehehehe bagi yang malas nak bangun awal pagi ni macam-macam alasan dia bagi…

“pagi-pagi buta nak buat apa, tido lagi baik..”

“time cuti macam ni la nak melepaskan geram, kalo dah keje tak boleh bangun lambat…”

“malas aku nak bangun awal, tido lagi syok”

Waktu pagi adalah antara waktu yang paling berkat kerana waktu itu Allah akan menurunkan semua rezeki kepada makhluknya.Maka bertebaranlah di waktu pagi untuk mecari rezeki. Sedangkan burung pun akan keluar pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan pulang kesarang pada waktu petang.Begitu juga manusia perlu berusaha untuk mencari rezeki yang halal di waktu pagi.

Apa kelebihannya bangun awal waktu pagi ni?

· Di waktu ini fikiran kita masih kosong, lapang dan segar so banyak perkara yang boleh kita fikirkan.

· Badan kita juga segar dan cergas.

· Cuaca yang sejuk dan pemandangan yang segar mampu menaikkan semangat yang tinggi.

· Peluang mencari rezeki yang banyak.

· Bermula pada waktu pagi, banyak perkara yang boleh dilakukan.

Bagi mereka yang suka bangun lambat pasti akan rugi, kerana apa? kerana rezekinya telah diambil oleh orang lain.Selain itu antara kerugian yang ‘dialami’ bagi mereka yang suka bangun lambat:

· badan menjadi letih

· Otak menjadi lemah

· Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan

· Rezeki sudah dikaut oleh orang lain.

· Menampakkan sikap pemalas.

Nak dapatkan tips macamana Mudah bangun awal pagi. Bagi mereka yang sukar sangat nak bangun awal pagi, try petua di bawah ni, InsyaAllah lepas ni boleh bangun awal pagi

· Ikhlaskan niat untuk bangun awal pagi untuk bekerja. .

· Merasakan dalam dirinya tuntutan bangun awal kerana Allah s.w.t mengkehendakinya banguna awal untuk berqiamulail.

· Mengetahui Kelebihan Bangun Awal.

· Mengkaji cara hidup generasi as-salaf al-soleh yang sentiasa bangun awal.

· Membiasakan untuk tidur mengiring di atas sebelah kanan tubuh.

· Mengambil Wuduk sebelum tido.

· Masuk tido awal.

· Membiasakan beramal dengan zikir, wirid dan doa sebelum tidur.

· Membiasakan untuk tidur sebentar pada waktu tengahari (sebelum zohor) yang dinamakan tidur Qailullah untuk mendapatkan kekuatan bangun awal.

· Mengurangkan makan berlebihan.

· Bermujahadah iaitu melawan hawa nafsu yang ingin tidur berlebihan.

· Menjauhi Maksiat kepada Allah s.w.t

· Menghukum diri dan memuhasabahnya jika ia cenderung untuk tidur berlebihan.

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template