Tuesday, February 22, 2011

Download free software di Filehippo.com


FileHippo.com adalah salah satu site yang terbaik, di mana ia menyediakan freeware yang perlu ada pada setiap PC atau laptop. Setiap freeware boleh di download secara terus dari server yang disediakan. Satu kelebihan yang apa pada site ini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan. Hanya pilih freeware yang tersenarai dan klik untuk dowaload ke dalam hard drive komputer. Freeware yang di sediakan adalah yang terkini (update).

Kategori freeware terbahagi kepada Browsers & Plugins, Anti-Spyware, Firewalls & Security, Messaging & Chat dan sebagainya. Free software yang di download dari FileHippo adalah selamat dan tidak mengandungi virus.

Untuk melayari site tersebut, sila klik http://www.filehippo.com/

Sunday, February 20, 2011

8 aksesori tambahan untuk pengguna netbook

Netbook selalunya bersaiz mini + ringan supaya kita nak bawak ke mana-mana saja dengan mudah. Netbook sekarang dah makin murah. Lebih kurang harga dalam RM900 macam tu dah boleh dapat Netbook baru dengan spec yang boleh tahan power. Macam-macam jenama Netbook boleh pilih contohnya Acer, Dell, Asus, Toshiba, HP dll.

Netbook ni sesuai kalau nak main internet kat kawasan yang ada wireless macam McD, Kopitiam, Airport dan sebagai cuma bawak nya. Untuk kegunaan biasa kat rumah kita boleh beli beberapa aksesori tambahan untuk memudahkan lagi kita buat kerja macam guna laptop biasa. Antara aksesori tambahan tu macam kat bawah ni:


External Hard Disk
External hard disk ada macam-macam jenama contohnya Western Digital, Buffalo, Samsung, Seagate, Toshiba. Ada banyak pilihan saiz storan hard disk dari 160GB hinggalah ke 1 Tera. Makin lama makin murah external hard disk ni. Sebab makin hari makin bertambah saiz storan yang akan keluar. Harga dari RM150++. Kalau beli yang 1 Tera punya hangpa nak masuk dok dalam tu pun boleh na..


Mini Mouse
Mouse penting nak memudahkan lagi kerja untuk gerakkan cursor dengan cepat. Untuk Netbook boleh gunakan mini mouse sebab saiz yang kecik sesuai dengan saiz Netbook. Ada macam-macam bentuk mouse dari harga RM10 hingga ke ratusan ringgit. Lagi mahal mouse dengan jenama yang bagus lebih tahan lama. Mouse pun ada yang USB, ada yang wireless. Boleh buat pilihan nak yang mana. Kalau jenis wireless dok kat toilet pun boleh main internet lagi.




External CD/DVD ROM
External CD/DVD ROM penting untuk Netbook sebab Netbook tak disediakan sekali CD/DVD ROM macam laptop biasa. Ramai yang tak minat nak guna Netbook sebab tak ada CD/DVD ROM. Tapi kita boleh gunakan external CD/DVD ROM supaya boleh simpan bila tak nak guna. Ada macam-macam jenama yang bagus boleh beli contohnya Asus, Samsung, Sony, Toshiba, LG, HP. Harga dalam RM100++.




USB Keyboard
USB keyboard pun penting untuk mudahkan lagi kita nak menaip. Ada yang cakap saiz butang keyboad kecik susah nak menaip. Jadi bila kita gunakan USB keyboard kita boleh taip macam biasa dengan mudah. Ada yang USB keyboard boleh lipat yang jenis getah tu. Kan senang boleh gulung-gulung campak masuk dalam beg.



Netbook Cooler
Netbook cooler amat-amat penting untuk Netbook supaya Netbook tak cepat panas bila kita guna lama-lama sampai habis bateri. Sebab Netbook ni dibuat dengan bateri yang tahan lama untuk memudahkan kita bawak ke mana-mana tempat yang tak ada sambungan elektrik. Jangan letak Netbook atas tilam ataupun tempat yang tak ada aliran udara keluar masuk. Kalau buat jugak tunggula ajalnya sebulan dua lagi.:-D





Speaker Mini
Bagi yang jenis tak minat dengar lagu guna earphone/headphone tapi lebih suka bukak lagu melalak kuat-kuat, boleh beli speaker mini untuk kuatkan lagi lagu yang kita pasang tu. Kalau guna speaker Netbook/Laptop jangan bukak speaker sampai habis takut nanti lama-lama speaker tu akan bunyi macam speaker pecah. Kalau guna speaker mini nak bukak sampai habis pun boleh sebab kalau rosak boleh ganti baru.:-p. Ada macam-macam jenis speaker yang bunyi sedap di pasaran contohnya Altec Lansing, Sonic Gear, Edifier dll. Kalau ada duit lebih beli la Altec Lansing. Bunyi sedap wa cakap sama lu..




Netbook Cover
Netbook cover ni beg untuk simpan Netbook supaya tak mudah calar ataupun kena sisa-sisa makanan/minuman. Lagipun bila ada beg senang nak masukkan macam-macam aksesori kalau nak keluar jalan-jalan.


USB Hub
USB hub paling penting untuk Netbook sebab seperti yang saya tulis kat atas tu semuanya gunakan USB. USB hub di Netbook sendiri pun ada tapi terhad. Jadi, pilih la yang power supaya boleh support banyak USB sekaligus. Ada banyak jenis jugak USB hub ni. Kalau yang murah RM10 tu boleh guna tapi bila dah masuk banyak USB dia tak akan support. Jadi beli la yang mahal sikit supaya bila nak sambungkan cooler, keyboard, speaker, DVD dengan mouse semua tu tak kan ada masalah.


Bila dah ada semua aksesori kat atas ni semua kerja kita akan jadi lebih mudah. Tapi pastikan jaga benda-benda ni elok-elok sebab barang elektronik ni sensitif. Kalau dah tak nak guna simpan la elok-elok dan rajin-rajinla bersihkan kalau berhabuk.

Ada lagi tak yang saya lupa nak masukkan? Sapa yang pakai Netbook dah ada ke aksesori-aksesori ni??:-D


Sumber http://www.zuarxpdc.com/search/label/PC%20Tips%20and%20Trick#ixzz1Ech6OP7T

5 Syarat Sebelum Buat Maksiat?..mesti baca..

Entri sebelum ni ada orang yang search petua buat maksiat. Tapi malangnya tak jumpa petua yang dicari tu. Kesian sungguh..^_^. Tapi saya cuba cari jugak sebab nak tolong orang yang nak buat maksiat. Huhu..Nak tau tak syarat-syarat sebelum buat buat maksiat? Mai baca sampai habis na...^_^.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

Syarat yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?” “Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.” Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.


Cukup sudah 5 syarat sebelum buat maksiat...Marilah sama-sama kita merenung sejenak



Kenapa tak rogol saya ?


Jom kita baca satu kisah yang benar-benar berlaku di US tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Saya ambik cerita ni dari Facebook yang dikongsi oleh seorang kawan dan disebarkan untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.


Ceritanya berbunyi:

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.

Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Moral daripada cerita ni:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam..Amin....

Sumber http://www.zuarxpdc.com/search/label/Informasi#ixzz1EcaN1Uib
Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template