Monday, January 24, 2011

kah kah kah kah..




Cerita 1

Seorang jurugambar mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari
jadinya yang ke-80 berkata, "Saya berharap dapat mengambil gambar
anda lagi tahun depan.
"Mengapa tidak anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!"


Cerita 2
"Mak saya tak pernah beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana
dengan emak awak ?"
"Entah...... saya pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama
awak depan saya!!"


Cerita 3

Seorang guru bertanyakan pada anak muridnya pada hari keputusan
peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu telah buat yang terbaik untuk peperiksaan
kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas ini ?
Pelajar : Balik ke rumah!!


Cerita 4

Seorang ibu dengan marahnya bertanyakan anak lelakinya yang hensem
mengapa dia balik lambat, pukul 4 pagi ketika itu...
"Eh,baru balik..?" tanya si ibu sinis.
"Ya, mak.." jawab si anak sopan. Si ibu yang tengah mendidih,
kemudian meninggikan
suara.
"Haa,dah pukul 4 pagi dah. Mengapa balik..?!!!" Tengking si ibu.
"Nak sarapan!" balas si anak pendek.



Cerita 5


Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.



Cerita 6



Seorang kaya bersiar siar dalam sebuah kampung. Lalu tersempak laa dengan sekeluarga miskin yang sedang memakan rumputâ?¦
Org Kaya : Kenapa kau makan rumput ?
Org Miskin : Aku makan rumput kerana aku terlalu lapar.
Org Kaya : Sedap ke makan rumput ni ?
Org Miskin : Setelah tak makan seminggu, rumput inilah makanan paling sedap.
Org Kaya : Apa kata kalau kamu ikut aku ke rumahku. Aku belanja kamu makan besar.
Org Miskin : Betul ke ni Org Kaya ? Boleh ke aku bawa keluarga aku bersama ?
Org Kaya : Boleh. Lagi ramai lagi bagus !
Org Miskin : Terima kasih wahai Org Kaya. Tapi makanan cukup ke untuk kami sekeluarga yang ramai ni ?
Org Kaya : Gerenti cukup ! Rumput lalang kat rumah aku tu lebih dua meter tinggi nye !

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template