Thursday, September 2, 2010

Senarai logo halal yang diiktiraf

Jika pergi ke kedai runcit , minimarket atau hypermarket, banyak jenis makanan dalam tin, botol dan plastik. Ambil apa yang perlu kemudian bayar. Kat Malaysia ni makanan senang dapat. Namun disebalik perkara yang dilihat agak remeh ada sesuatu yang paling membimbangkan kita sebagai umat islam iaitu kurangnya penekanan terhadap isu halal dalam masyarakat kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:

“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168)

“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah juga menegaskan di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

Melalui Al- Quran dan Hadis kita tahu betapa pentingnya benda - benda yang halal. Oleh itu, apa kata jika setiap kali kita membeli barang makanan semak dulu logo halal. Jika tiada logo halal semak dengan jabatan agama kerana ada makanan seperti daging memang perlu rujuk dengan jabatan agama. Kalau ada tayang sijil halal, itu pun belum tentu lagi halal.

Kesan - kesan jika kita temakan makanan yang haram..

1. Di azab dalam neraka
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)

2. Doa tidak dimakbulkan
Rasulullah bersabda:“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)

3. Tidak diterima Amalan
Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)

4. Hatinya menjadi kotor
Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).” Sebaliknya berlaku jika seseorang memakan makanan haram.

Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.Halal dari segi makanan mahupun punca rezeki.

Jika makanan yang anda beli ada logo halal tapi bukan halal malaysia..anda boleh rujuk dibawah. Senarai berikut adalah senarai negara yang mempunyai logo halal yang diiktiraf oleh Jakim.

1. AUSTRALIA
2. AUSTRIA
3. ARGENTINA
4. BELGIUM
5. BRAZIL
6. BRUNEI
7. CHINA
8. CHILE
9. DENMARK
10. FRANCE
11. GERMANY
12. INDIA
13. INDONESIA
14. JAPAN
15. NETHERLANDS / HOLLAND
16. NEW ZEALAND
17. PAKISTAN
18. PHILIPINES
19. SINGAPORE
20. SOUTH AFRICA
21. TAIWAN
22. THAILAND
23. UNITED STATE OF AMERICA (USA)
24. VIETNAM

Untuk keterangan lebih lanjut, sila ke..

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template