Saturday, September 11, 2010

Tips Pindah Rumah


Anda ingin perpindah ke rumah baru ? . Jika ya..beberapa tips perlu anda amalkan supaya berpindah rumah tidak menjadi satu pengalaman pahit kepada anda. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu :-

1. Asingkan mengikut jenis barangan.

Jangan mencampurkan barangan dalam satu tempat yang sama , contohnya buku , baju , barangan kaca dan hiasan. Ini mengelakkan barangan tersebut berserabut disamping untuk memgelakkan barangan rosak.


2. Balut barangan mudah pecah.

Kaca perlu dibungkus dengan kertas bagi mengelakkan daripda pecah dan terpelanting didalam kotak.Labelkan dengan perkataan " barangan mudah pecah"


3. Label

Setiap kotak perlu dilabel dengan kandungan barang didalamnya bagi mengelakkan kekeliruan semasa anda hendak membuat semakan terhadap kotak -kotak tersebut.


4. Buang barangan yang tidak perlu.

Barang yang anda rasa tidak perlu jangan dibawa kerumah baru anda untuk mengelakkan ia bersepah dan berlonggok. Sebaiknya sedekah kepada jiran - jiran atau rakan.


5. Rancang dengan baik.

Peruntukkan masa yang lebih untuk untuk mengemas barang jika merancang untuk berpindah. Jangan buat secara tergesa - gesa supaya anda tidak penat dan membuat kerja yang tidak sistematik.

Itulah antara tips - tips penting supaya kerja - kerja pindah rumah menjadi lebih senang dan aman. Harapan agar tips ini dapat membantu anda..

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template