Thursday, September 2, 2010

Persoalan- persoalan mengenai antivirus : Bahagian 2

Soalan 4 : Kenapa antivirus saya tak boleh update ?

Pertama, mungkin server antivirus down ( pernah terjadi pada Kaspersky ).Kedua, antivirus anda telah di dirosakan oleh aktiviti virus ( kerana tidak update)

Soalan 5 : Boleh ke kalau install 2 antivirus dalam satu komputer ?

Jika anda berniat ingin menginstall 2 antivirus atau lebih dalam komputer anda , ada dua perkara penting perlu anda pertimbangkan seperti

Spesifikasi Komputer, pastikan CPU dan Memory ( RAM ) cukup
Bolehkah kedua – kedua antivirus bekerja bersama ?.

Unttuk makluman, tiap-tiap antivirus biasanya mempunyai menu yang bekerja aktif memonitor computer setiap saat seperti : Active Guard , Real Time Guard , Proactive defense , Resident shield , Resident Protection dan sebagainya.

Ada beberapa antivirus yang boleh dipasang bersama dalam satu computer dengan tidak mendatangkan masalah kecuali memerlukan memory / CPU yang tinggi kebolehannya. Dari pengalaman saya sendiri , AVG free Edition versi 7.5 atau 8.0 boleh dipasang bersama Avira 8.0 free dan tidakv mengalami masalah. Anda juga boleh tambah Avast Home free Edition lagi. Tiga antivirus ni anda boleh pasang tanpa ada sebarang konflik, Cuma komputer terasa agak lambat sedikit.

Anda juga boleh memasang sebarang Antivirus ( samada AVG , Avira , Avast , Kaspersky ) dengan simple antivirus seperti ( GVR , ANSAV, PCMAV ). Anda juga boleh memasang avira dengan Rising Antivirus Free Edition , boleh beroperasi tanpa masalah. Juga boleh memasang Bit defender 10 free edition dan Avira. Akan tetapi jika anda menggunakan Kaspersky antivirus/internet security 2009 dan keatas , anda tidak boleh menggunakan antivirus lain. Akan ada arahan semasa setup antivirus ini , supaya antivirus lain di uninstall terlebih dahulu. Selain daripada yang disebutkan diatas , saya masih belum cuba.

Tetapi jika anda masih risau akan berlaku crash , error , konflik atau masalah yang tidak dijangka, seeloknya disablekan salah satu antivirus.


Soalan 6 : Bagaimana saya nak update jika tiada sambungan internet ?


Jika anda tidak mempunyai internet dirumah anda boleh mendownload fail update database terkini untuk antivirus anda dipejabat , sekolah , pusat siber atau dimana- mana yang ada rangkaian internet. Simpan fail update kat pendrive dan update cara manual. Jika anda tidak tahu cara untuk update secara manual, perlulah dahulu cari dekat search enjin untuk mengetahui kaedah. Tak perlulah saya jelaskan disini, kerana setiap antivirus mempunyai cara berbeza. Anda boleh mendapatkan fail update secara percuma ini di laman web rasmi antivirus anda tersebut ( contohnya kalau pakai Avira , taip saja Avira.com dan cari dibahagaian download update.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template