Wednesday, August 18, 2010

Al-Fiqh Al-Manhaji




Kitab rujukan fekah (Al-Fiqh Al-Manhaji) adalah karangan asal Imam As-syafie diterjemah kedalam bahasa melayu oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Daripada maklumat yang saya dapat buku ini banyak digunakan sebagai rujukan di IPTA mahupun IPTS. Ia juga sangat sesuai menjadi bahan bacaan dan rujukan masyarakat awam dan rujukan di masjid atau surau kerana perbahasannya yang mudah ringkas tapi padat disertai dengan dalil .Tambahan pula perbahasan fiqh yang berasaskan Mazhab al‐Syafie beserta dalil ini sangat sesuai bagi masyarakat awam Malaysia yang secara umumnya bermazhab Syafie

Biografi Imam As-Syafie

Nama :Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi
(150H - 204 H )
Asal : Gazza, Palestin

Umur 7 tahun telah hafal Al-Quran, umur 10 tahun hafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, dan umur 15 tahun telah diizinkan memberi fatwa

Pd 195 H, pindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab

Kemudian pindah ke Makkah dan sesudah 2 thn di situ, pd tahun 198 H, kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah.

Dialah yg dimaksudkan Rasulullah SAW dgn sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi".

Ia pernah melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dgn sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa Syafie membahagi malam itu kepada 3 bahagian: sepertiga utk solat (ibadah) sepertiga utk ilmu dan sepertiga utk tidur. Dalam sehari semalam membaca Al-Quran satu khatam dan pada bulan Ramadan dua khatam. Semuanya itu dibacanya dalam solat.

Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Harga Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji

Harga berubah mengikut masa.




Muqadimah : RM22.00
Jilid 1 : Rm40.00
Jilid 2 : RM46.00
Jilid 3 : RM40.00
jilid 4 : RM47.00
jilid 5 : RM25.00
jilid 6 : RM46.00
Jumlah harga semua kitab ini adalah RM266.00


2 komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya mmg sedang mencari naskah ini. Mohon pertolongan saudara. Emel saya di fairuzyusop@yahoo.co.uk

Perjalanan Hidup on October 30, 2019 at 12:34 AM said...

email saya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template