Monday, August 23, 2010

Bagaimana mencegah virus tanpa antivirus ? Bahagian 1


Sebelum itu saya akan cuba jelaskan sebab – sebab mengapa kita terpaksa cegah virus computer tanpa antivirus?

Jika anda memasang antivirus dalam desktop/notebook anda , tetapi anda tidak pernah update antivirus tersebut selama berminggu atau berbulan-bulan, samalah seperti anda tidak ada antivirus. Pasang antivirus tanpa update antivirus umpama ada hospital tapi tak ada doktor bertugas.

Masalah ini timbul bagi pengguna komputer yang tidak mempunyai sambungan internet dirumah mahupun di pejabat, dikawasan berdekatan atau yang tinggal dikawasan pendalaman.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa pentingnya update antivirus ini. Untuk pengetahuan anda beribu-ribu virus komputer dicipta setiap hari dengan tujuan untuk memusnahkan sistem komputer dan setiap hari juga para pencipta antivirus membuat kajian terhadap sample - sample virus terbaru untuk mengeluarkan vaksin bagi menghalang virus tersebut daripada terus merosakan sistem computer.

Jadi..bagaimana untuk kita mendapat vaksin-vaksin ini?. Inilah sebenarnya fungsi update antivirus. File – file vaksin tadi atau nama saintifiknya virus definition file ( vdf ) akan diletakkan ke dalam database online syarikat antivirus berkenaan untuk memudahkan kita download / update file-file ( vdf ) terbaru tadi.

Jadi bagaimana jika kita tiada sumber internet ?. Untuk mengatasi masalah ini, saya mengesyorkan supaya anda mengamalkan beberapa tips yang saya berikan dibawah

Tips # 1 :

Untuk pengetahuan anda dan saya , 65% virus komputer dicipta menggunakan bahasa pengaturcaraan “Visual Basic”. Program jahat atau virus yang dibuat menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic ini memerlukan satu file modul yang bernama”MSVBVM60.DLL” yang letaknya di direktori “C:\WINDOWS\system32\ untuk aktif didalam windows”.

Jadi apabila file tersebut tidak ada, 65% virus tersebut tidak akan aktif boleh aktif didalam windows. Namun begitu risiko nya adalah apabila ada aplikasi ( bukan virus) yang juga dibuat dengan bahasa pengaturcaraan Visual Basic , maka komputer menampilkan mesej error.. Untuk mengatasi masalah ini, sebaiknya file msvbvm60.dll di rename sahaja, dan apabila ada applikasi bukan virus yang akan anda jalankan error dan menampilkan pesan error seperti diatas, maka rename kembali file msvbvm60.dll dan setelah selesai rename lagi dengan nama lain. Tetapi anda tidak perlu risau, pada tahun 2010 hanya sedikit sahaja orang membangunkan sistem menggunakna visual basic.

Cara me-rename file msvbvm60.dll :

Terlebih dahulu buatlah file vbren.bat dan vbfix.bat :-

Buka notepad.exe dan klik file open :

terus ke C:\windows\system32\msvbvm60.dll11111msvbvm60.dll –

lalu save dengan nama: “vbren.bat” dan disimpan di direktori “C:\windows\”,,

jika sudah di save,

buat satu lagi file :

C:\windows\system32\11111msvbvm60.dll msvbvm60.dll

lalu save dengan nama: “vbfix.bat” dan juga disimpan di direktori “C:\window\” Setelah file vbren.bat dan vbfix.bat selesai dibuat, maka apabila anda ingin merename file msvbvm60.dll anda tinggal membuka “Start menu RUN” dan taip vbren lalu Enter, maka file msvbvm60.dll tersebut namanya akan berubah menjadi 11111msvbvm60.dll Dan apabila anda ingin mengembalikan namanya seperti semula, buka kembali RUN dan taip vbfix lalu Enter, maka file msvbvm60.dll tersebut namanya akan kembali menjadi msvbvm60.dll. Selamat mencuba..

Untuk tips-tips yang seterusya, nantikan sambungannya...



0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template