Thursday, August 26, 2010

Persoalan - persoalan mengenai antivirus : Bahagian 1

Setelah hampir 8 tahun saya berkecimpung dalam bidang komputer ini. Ada beberapa persoalan popular tentang antivirus yang sering diajukan kepada saya. Untuk menjawab soalan yang tidak dapat dielak ini, maka saya pun membuat sedikit kajian. Daripada pelbagai soalan yang saya terima , terdapat 6 persoalan besar yang saya nak kongsikan dengan pembaca-pembaca yang dihormati sekalian..

Soalan 1 : Antivirus mana yang paling kuat ?

Walaupun Malaysia mempunyai Antivirus Geekz Virus Remover, PAV dan Indonesia mempunyai ANSAV, SmadAV dan PCMAV namun ia masih dikelaskan sebagai simple antivirus. Perlindungan sistem komputer memerlukan antivirus yang lebih cekap dan matang. Jadi , antivirus jenis apa yang patut dipasang?. Dalam pemilihan antivirus ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu :

  1. Antivirus mana yang menggunakan resources komputer paling minimum..
  2. Tidak berlaku false detection , seperti detect fail setup application sebagai virus.
  3. Berapa banyak sample virus di update setiap hari .
  4. Antivirus tersebut mempunyai engine RTP (RealTimeProtectror) atau tidak


Berbalik kepada persoalan antivirus mana yang paling kuat. Saya mengesyorkan anda supaya menggunakan Kaspersky Antivirus (licensed) , NOD32 , Avast Antivirus disusuli dengan AVG Antivirus. Walaupunbagaimanapun, antara keempat-empat antivirus ini, kaspersky merupakan antivirus dengan engine paling bagus. Selama saya pakai tidak ada false detection seperti yang terjadi pada AVG atau NOD-32. Satu kelemahannya kaspersky ini, ia banyak memakan resource komputer bila dibandingkan dengan AVG, NOD-32 atau Avast. Tapi bila dibandingkan dengan Norton atau McAfee, tentu jauh lebih ringan.

Tips :

Jika anda rasa virus yang menyerang komputer anda merupakan virus local .Anda boleh mengetahuinya melalui nama virus tersebut atau cari kat google, lebih baik anda menggunakan antivirus local sebagai vaksinnya.


oalan 2 : Saya dah scan pendrive ni. Antivirus saya dah delete semua virus. Antivirus saya pun sentiasa update. Tapi bila scan dekat komputer lain, kenapa pendrive saya masih ada virus ?


Hal ini kebiasaannya berlaku kerana virus yang terdapat dalam komputer anda tidak terdapat dalam fail ( vdf ) update antivirus yang anda pakai. Belum ada sample virus yang menyerang pendrive anda dihantar ke Lab Antivirus tersebut. Maksudnya jenis virus yang ada dalam pendrive anda tidak sampai ke pengetahuan pihak pengeluar antivirus anda. Umpama seorang doktor tidak mengetahui kewujudan satu penyakit baru, jadi bagaimana dia boleh membuat ubat untuk menghalang penyakit berkenaan.

Ok..kemudian bila anda menggunakan pendrive anda ke komputer lain yang menggunakan antivirus berlainan dan sentiasa update, tiba - tiba keluar mesej detect virus. Itu bermakna antivirus tersebut sudah mempunyai fail update virus tu. Sample virus yang menyerang pendrive anda pernah dihantar le Lab Antivirus pc tersebut.Secara automatiknya virus tersebut telah dikaji oleh pihak pengeluar antivirus berkenaan.Tapi jika antivirus yang di pakai oleh komputer tersebut sama dengan antivirus komputer anda, ia tak akan detect virus tersebut. Jadi sebaik-baiknya, jika anda mempunyai 2 komputer, pastikan ia mempunyai antivirus berlainan supaya lebih banyak virus dapat dikesan.


Soalan 3 : Mengapa Antivirus Saya detect virus, tapi masih tak boleh buang?

Masalah ini mungkin disebabkan kelemahan antivirus tersebut. Tidak dinafikan, tiada Antivirus yang boleh buang semua virus. Untuk mengatasi masalah ini kita perlu membuat sedikit research. Cari kat google , youtube untuk mendapatkan kaedah/tool untuk membuang virus tersebut. Anda boleh juga cuba bertanya di forum-forum IT seperti putera.com, ittutor dan lain-lain.Kerana ada sesetengah virus yang kuat memerlukan kaedah/ tool yang dibuat khas untuknya.. Inilah cara (step) kita menangani masalah virus. Ia memerlukan sedikit masa dan usaha..

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template