Tuesday, August 3, 2010

Video Pelajar Tumbuk Guru

Alahai remaja kita..apa nak jadi ni.

Saya mengimbas kembali semasa zaman sekolah dulu ( tamat tingkatan lima tahun 1999 ), tidak mungkin berlaku senario sebagaimana yang kita lihat sekarang. Inilah kesan kemajuan yang hanya bersandarkan kepada teknologi dan kebendaan semata-mata.

Pembaca yang dihormati..

Kali ini kita digemparkan dengan rakaman video seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Sarawak memaki-hamun dan menumbuk gurunya.2 minggu sebelumnya kita sudah digemparkan dengan perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri yang sama.Kejadian ini dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki dari semenanjung yang dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.



Sama-samalah kita ambil iktibar daripada video. Mungkin ini kes-kes yang sesekali berlaku..tapi kita tidak boleh biarkan ia terus berlaku kerana akan merosakan akhlak remaja yang menjadi harapan bangsa suatu hari nanti.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template