Sunday, August 8, 2010

Manchester United Juara Community Shield 2010

MU Juara Community Shield 2010 , Tundukkan Chelsea 3-1

Manchester United membuka musim 2010-2011 dengan bergaya di perlawanan Community Shield Cup. Pasukan Sir Alex Ferguson itu memenangi Community Shield Cup dengan mengalahkan musuh ketat mereka, Chelsea dengan jaringan 3-1. Gol United dijaringkan Luis Antonio Valencia melalui gerakan cantik pada minit- 40, Javier Hernandez (minit-76). The Blues berhasil merapatkan jurang 1-2 setelah Salomon Kallou berjaya membolosi gawang MU yang dikawal Edwin van der Sar.

MU tampil dengan corak permainan bergaya dengan Chris Smalling dan Javier Hernandez memainkan peranan yang baik diposisi masing-masing.Penguasaan United tampak kental dengan beberapa percubaan menarik kearah pintu gol Chelsea yang dikawal oleh Henrique Hilario.

Di penghujung perlawanan , ketika Chelsea terdesak untuk menyamakan kedudukan, MU sekali tampil dengan gerakan menarik diantara Luis Nani , Darren Flether yang mengumpan bola kepada Dimitar Berbatov untuk menjaringkan gol ketiga pada minit ke-92, sekaligus memastikan MU memenangi Community Shield 2010.

"Ini tidak pernah menjadi dalam perlawanan menentang Chelsea - mereka adalah pemain utama dalam skuad sekarang. Dulu Arsenal mencabar terhadap kami beberapa tahun yang lalu, sekarang anda perlu melihat di Chelsea dalam beberapa tahun terakhir yang tahu bahawa apabila mereka bermain, itu adalah permainan yang sebenarnya. " kata Alex Ferguson sejurus tamat perlawanan.





0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template