Wednesday, August 4, 2010

Dapatkan buku Indahnya Hidup Bersyariat


Harga : setiap unit RM55 ( Sabah & Sarawak RM57.00)

Published :March 2009 by Telaga Biru Details : Hardcover , 308 Pages

Penulis : Dato’ Dr Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Abd Hamid


Sebulan lepas saya ada terdengar perbualan kawan –kawan serumah yang terdiri daripada para

ustaz berkenaan buku ni. Lantas saya pun mula surf maklumat buku ni di internet. Kerana faktor urusan kerja dan keluarga, jadi tak sempatlah saya ronda ke bandar berdekatan untuk mencari buku ni. Baru hari ini dapatkan buku ini dari seorang rakan kerja saya disekolah. Memang menarik dan sangat berguna buku ini. Syabas diucapkan kepada Dato' Ismail kamus, Mohd Azrul Ab. Hamid dan penerbit.

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Layari http://www.stromreaders.net/humairabooks
untuk mendapatkan naskah buku yang sangat bermanfaat ini dengan lebih mudah.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template