Monday, August 23, 2010

Mengaplikasikan 2 monitor dengan 1 CPU

Jika anda pergi ke Sony Centre , pernah tak anda perasan TV yang dipamer itu memaparkan imej yang sama. Hal yang sama berlaku apabila anda pergi ke airport , dimana TV dibeberapa penjuru memaparkan imej yang sama. Keadaan ini biasa juga kita tengok di bangunan-bangunan pentadbiran mahupun di pusat pengajian tinggi.

Bagaimana ini berlaku?. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menggunakan video splitter. Video splitter berfungsi sebagai pembahagi kepada 2 atau lebih isyarat video.

Gambarajah menunjukkan cara penyambungan CPU - Video Splitter - monitor.

Gambarajah dibawah : Video Splitter

Harga video splitter ini kebiasaanya RM 100 ++, bergantung kepada jenama dan berapa port yang boleh disambung. Gambarajah diatas adalah jenis video splitter yang biasa sahaja. Pada connector in ( rujuk dalam gambarajah) , untuk menggunakan port itu anda perlu mendapatkan extension connector VGA female to female supaya boleh dihubungkan pada CPU kerana kebiasaan kabel VGA yang dijual adalah jenis male to male.Pada port-port lain anda boleh menggunakan kabel VGA male to male tanpa tambah apa - apa extension connector..Had panjang kabel yang boleh disambung adalah kurang dari 10 meter walaupun pada kotaknya beritahu boleh buat lebih 10 meter. Saya pernah buat penyambungan kepada lebih daripada 10 meter dan hasilnya amat mengecewakan. Ada grafik yang tidak dapat dipaparkan dan paparan menjadi agak gelap.

Namun, bagi mereka yang memang ditugaskan untuk membuat penyambungan yang melebihi 10 meter , anda perlu mendapatkan video splitter with booster. Dimana booster bertindak untuk meningkatkan dan mengekalkan isyarat grafik yang hilang akibat kepanjangan kabel yang digunakan. Rajah dibawah menunjukkan video splitter with booster. Dengan video splitter with booster anda boleh membuat penyambungan sepanjang 210 kaki atau 70 meter tanpa ada gangguan isyarat video. Harganya lebih kurang RM 250 bergantung kepada jenama.

Untuk maklumat lanjut, Sila layari http://www.datapro.net/



0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template