Permulaannya sebagai hobi mahasiswa dan kini telah berevolusi menjadi mercu tanda dunia yang telah mengubah cara manusia berkomunikasi antara satu sama lain, mencari dan mengakses maklumat dan hal-hal pembelian. Dua pengasas Yahoo, David Filo dan Jerry Yang pelajar kursus Kejuruteraan Elektrik di Stanford University, memulakan projek mereka ini ( yahoo ) di Trailer kampus pada bulan Februari 1994 sebagai cara untuk mengesan kepentingan peribadi mereka di internet.
Laman web ini asalnya diberi gelaran sebagai "Jerry dan David's Guide to World Wide Web" tetapi akhirnya menerima mana gelaran baru dengan bantuan kamus.Nama Yahoo! Merupakan akronim untuk "Yet Another Hierarchical Officious Oracle," Filo dan Yang memilih nama itu kerana mereka menyukai definisi umum daripada yahoo iaitu : "kasar, tidak canggih." Yahoo! buat pertama kali dipasang pada workstation Jerry Yang, iaitu "Akebono," . dan pada ketika itu laman web tersebut diakses melalui komputer Filo's, iaitu "Konishiki" – nama ini diambil daripada legenda sumo jepun.
Pada 1997, Yahoo! mula mengembangkan sayap perniagaan dengan berjaya membeli beberapa syarikat iaitu :
- Pengambil alihan Syarikat komunikasi Four 11 pada 8 Mac 1997. Four 11s webmail servis , iaitu rocketmail ditukar menjadi Yahoo mail.
- Kemudian Yahoo ! juga mengambil alih ClassicGames.com dan ditukarkan kepada Yahoo! games.
- Yahoo! mengambil alih Syarikat Yoyodyne Entertainment, Inc. pada 12 Oktober 1997. Pada 8 Mac 1998, Yahoo! melancarkan Yahoo! Pager dan diberi nama baru sebagai Yahoo! Messenger setahun kemudian
- Pada Januari 28, 1999, Yahoo! berjaya mengambil alih syarikat web hosting provider. GeoCities.
- Yahoo! seterusnya membeli syarikat eGroups dan ditukar kepada Yahoo! Groups pada tahun 2000.
Yahoo! kemudian berkembang pesat sebagai portal web bersama beberapa lagi pesaing seperti MSN, Google , Lycos, Excite.

Sepanjang tahun kewujudannya, Yahoo telah melalui beberapa pertukaran muka utama. Yahoo kini berkembang kepada portal talian terbesar, menawarkan semua perkara dari membeli-belah, video, dan siaranpod (podcasts) untuk kewangan, berita, harta tanah, dan persendirian
1 komen:
bnyak manfaatnya ni artikle,,makasi ya
Post a Comment