Tuesday, August 3, 2010

Mematikan Fungsi Autoplay dalam Windows 7


Fungsi Autoplay dalam Windows 7 (juga terdapat pada lain-lain windows) berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:


Bagaimanakan cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini pada Windows 7 anda?

Baiklah saya akan memberikan anda cara mudah dan ringkas untuk mematikan fungsi autoplay ini.Dengan hanya 4 – 5 langkah fungsi ini dapat dimatikan.Untuk makluman tambahan, gpedit.msc hanya terdapat pada Windows 7 Ultimate, Professional (old Business) dan Enterprise editions, tidak terdapat pada Windows 7 Home Premium atau Basic editions.Windows akan memaparkan " Windows cannot find gpedit " jika anda cuba untuk mengaksesnya.

Ok, untuk mematikan fungsi Autoplay dalam Windows 7, pertama sekali,klik pada butang logo Windows pada tepi Toolbars anda dan klik pada ruangan yang bertulis “search programs and files”.Ruangan “search programs and files” ini juga sebenarnya adalah fungsi RUN seperti yang ada pada Windows XP sebelum ini.Kemudian taip gpedit.msc .




Kemudian,klik pada Computer Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Klik pada AutoPlay Policies.

Baiklah pada bahagian AutoPlay Policies,klik pada Turn Off Autoplay,kemudian satu tetingkap akan dipaparkan dan klik pada pilihan Enabled dan pastikan bahagian bawah Options dipilih All drives.

Amat mudah dan ringkas..cubalah sendiri.











0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template