Sunday, August 22, 2010

Hacker III - Menyingkap Rahsia Registry

Siri buku Hacker III ini sesuai untuk Pegawai Teknologi maklumat /Juruteknik komputer yang baru menjalankan tugas, dimana kandungannya banyak membantu dalam menyelesaikan masalah yang nampak seperti payah untuk di "solve" , tapi sebenarnya simple sahaja. Buku siri Hacker mempunyai 5 jilid semuanya dimana jilid I , II , IV berkisar tentang tip / trick windows XP dan Hacker V adalah berkaitan dengan keselamatan rangkaian.


Walaupun microsoft menaik taraf sistem registry dari masa ke semasa namun 85 % kandungan buku ini masih sesuai digunakan untuk windows yang terkemudian daripada windows XP seperti Windows Vista dan 7.
Kandungan
* Penyalinan, pemulihan, penyingkiran dan pengubahan fail registry.
* Memahami dengan mendalam tentang penggunaan dan pengubahan fail registry.
* Proses pengubahan yang selamat untuk menghasilakan sistem operasi yang paling cekap.
* Memperolehi sistem yang mempunyai ciri-ciri khas dan unik.
* Menghasilkan proses operasi yang ringkas dan mudah.

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template