Wednesday, August 4, 2010

Tutorial Gmail Autoresponder

Supaya anda kelihatan sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan yang unik dalam pengurusan email, amalkan cara mudah untuk respon baik kepada setiap email yang diberi. Caranya mudah sahaja. Sebelum saya terlupa, diingatkan sekali lagi bahawa tutorial hanya hanya untuk gmail sahaja. OK.. terlebih dahulu pastikan anda mempunyai google mail /gmail. Login ke akaun gmail , maka akan terpapar screenshot seperti dibawah. ok.. terus ke menu setting

selepas anda klik pada seting.seterusnya..tengok pada ruangan signature dan vacation responder.

Fungsi signature - apabila anda hendak menghantar email , anda akan klik pada butang compose , secara automatik mesej yang anda isi pada rungan signature ini akan terpapar pada bahagian bawah email dan akan dihantar bersama-sama email.

Fungsi Vacation responder - sama fungsi dengan autoresponder. Apabila seseorang menghantar email kepada anda, email tersebut akan dibalas secara automatik oleh anda mealui sistem ini. Kebiasanya fungsi ini kita gunakan untuk membalas email tatkala kita bercuti ataupun luar liputan internet. Tapi kita juga boleh menggunakannya mengikut kreativiti sendiri.

Ok , tulis apa saja yang anda rasa sesuai pada bahagian signature. Kemudian klik pada Vacation responder on, tulis mesej ringkas pada bahagian subject. Subject ini akan menjadi tajuk kepada email autoresponder anda.Kemudian tulis sesuatu pada bahagian message. Contohnya ada pada gambarajah dibawah

lihat anak panah biru, untick kotak tersebut untuk tidak menghadkan email dihantar pada email yang ada dalam senarai contacts sahaja. Jika anda memilih sebaliknya pun tidak ada masalah. Kemudian Save Changes.

Amat senang dan ringkas daripada nazinfotech.hehe. Rujuk gambar dibawah untuk lihat hasilnya

Dalam bulatan merah itu adalah signature anda setelah anda menghantar mesej. Lihat Gambar dibawah.Inilah hasil Vacation responder anda. anak panah biru merujuk kepada subject anda diikuti oleh subject email yang dihantar kepada anda ( garisan pink ) . anak panah merah merupakan message autoresponder anda.

p /s : Bagi alamat email yang selalu menghantar mesej kepada anda , autoresponder tidak akan membalas setiap mesej yang dihantar kerana dikhuatiri dikelaskan sebagai spam oleh spyware.untuk email spt ini, autoresponder hanya akan menghantar maksimum sekali pada setiap 4 hari.

Selamat mencuba..

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template